Monday, 1 July 2013



Model Assure

1.0       Pendahuluan Model Assure
Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan  courseware guru lebih menarik dan  sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau media  yang dihasilkan ini sesuai dengan kehendak pelajar? Adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuai dengan iklim bilik  darjah pada masa tersebut? Kesemua persoalan ini amat berkait rapat dengan model-model  “rekabentuk instruksional” yang semakin tersebar. Tidak kira bidang pendidikan maupun sektor awam yang lain seperti bidang ketenteraan,  courseware yang dihasilkan berasaskan  model-model reka bentuk instruksional  amat penting dalam proses penyampaian maklumat .Model Assure sangat penting untuk melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media ( alat dan bahan bantu mengajar ) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Sistematik bermaksud tiap-yiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan  memberi output pula kepada langkah berikutnya. Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich,  Molanda, Russell dan Smaldino (1982.1989,1996 ).Model ini boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi. Assure juga  bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud, Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.
  1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)
  2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
  3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
  4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
  5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
  6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
1.1       Courseware
Sejajar dengan perkembangan teknologi, bahan-bahan pengajaran multimedia turut dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisan yang ditambahkan audio beserta video  –video yang menarik melalui CD, DVD dan laman web telah membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan hari ini khasnya kepada guru dan pelajar. Pembangunan  “courseware” yang interaktif seperti video boleh dilihat menerusi kajian  Nicholson (1996) menerusi  jurnalnya yang bertajuk  Managing the Development and 3 Production of Interactive Multimedia Courseware in Education.  Menurut  beliau,  pembangunan sesuatu courseware harus  mengambilkira ciri-ciri seperti yang terdapat di dalam model rekabentuk instruksional yang ada sekarang.
2.0       Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

            Seorang guru yang ingin mengajar menggunakan model Assure hendaklah  mencipta  bentuk pengajaran bilik darjah , dengan ini melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.Model ASSURE dapat membantu guru merancangkan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangkan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

3.0       Langkah-langkah pengajaran Assure
Guru boleh menggambil 6 langkah ini bagi menjayakan  pengajaran dan pembelajaran mereka iaitu :
3.1       Menganalisis Pelajar (Analyze Learners)
Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibangunkan guru harus mengenalpasti  pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan  courseware yang sesuai supaya pembelajaran pelajar tidak membosankan.
Aras pengetahuan, kemahiran  dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin membangunkan courseware  bagi topik iklim empat musim dalam subjek geografi, guru perlu mengenalpasti latar belakang  pelajar sama ada pernah  mengalami 4 musim tersebutatau tidak. Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa perlu berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan  pilihan yang tepat untuk topik iklim.Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana  melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik   mampu  mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau   isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah.  Smaldino et. al (2005) turut menyokong  bahawa sekiranya guru  dapat mengetahui  latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu,  saya sangat pasti bahawa courseware tersebut mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

3.1.1    Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

3.1.2    Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

3.1.3    Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.


4.0       Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
            Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? Apakah bentuk perlakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.
Contoh perkataan sesuai digunakan seperti melakar  ,membaca , menjawab melukis , menilai , melabel dan menjelas.

Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
  • melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
  • Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

5.0       Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
  • Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
  • Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
  • Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.
  • Adakah bahan ini menepati kurikulum?
  • Adakah isi pelajaran menepati kurikulum?
  • Adakah laras bahasanya jelas?
  • Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
  • Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
  • Adakah bahan ini berkualiti?
  • Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
  • Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
  • Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.


6.0       Gunakan Media dan Bahan Sumber

Guru boleh menggunakan media dalam pengajaran di dalam kelas, Dengan menggunakan teknik  ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu “preview’  media, memastikan media yang akan digunakan  tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media  yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar.Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan  di atas amat penting untuk dilaksanakan oleh guru.
Berdasarkan kajian Adelina  & Rafiza (2006)  dari Universiti Malaya yang menggunakan prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas pelajar menggunakan CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris,  60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran  berbahasa  Inggeris. Jika diteliti, penggunaan media  yang mengambikira 5 prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa  penggunaan media perlu mengambilkira kos dan waktu pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya  dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkan waktu yang terhad iaitu 3 kali seminggu.
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar. objektif pengajaran dan pembelajaran.
Guru hendaklah menyediakan  bahan untuk penggunaan dalam kelas dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran serta menyediakan  pengalaman pembelajaran bagi pelajar, supaya pelajar dapat belajar dengan selesa dan mudah menerima pelajaran.
7.0       Tindak balas pelajar
Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh  John Dewey pada awal  era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini?  Ringkasnya,pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara “hands-on” seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar.
Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysia berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. “Courseware” yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005  yang mengatakan bahawa pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang  melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan “courseware”  yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Justeru itu,  “courseware” yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang  mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

8.0       Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid ,  gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.


8.1       Nilai dan Semak Semula

Penilaian “courseware” boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan “courseware” secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh
Yusup (2006):
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan
pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul?
d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
f. Adakah Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan “courseware” dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan “courseware” akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan  pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada  penilaian formatif atau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.Evaluate materials (menilai)

9.0       PENUTUP
Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk  membangunkan “courseware’ pengajaran dan pembelajaran.  Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan “courseware” pengajaran dan pembelajaran, saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula,  proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
Oleh sebab itu, media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.









 Bibliografi
 
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.

Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.

R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999.

Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997

Baharuddin  Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali.,Jamalludin  Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming”Using an Interactive  multimedia Courseware: Design Factors and Students’Preferences. Diperolehi pada  2 Januari 2011, sumber dari  http://eprints.utm.my/8165/1/8165.pdf
Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design.  Diperolehi pada  2 Januari 2011, sumber dari  http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf.
Nicholson,  A. Y. W. (1996).  Managing the Development and Production of InteractiveMultimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011,  sumber dari http://www .ascilite .org. au /ajet  /ajet12 /nicholson.html
Smaldino S. E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5thed). (2005). InstructionalTechnology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice Hall.
Yusup Hashim. (2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan Instruksi.Diperolehi pada  8 Januari 2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/ 2006/12/12/penggunaan-teknologi-instruksoinal.html



No comments:

Post a Comment