|
Kajian Tindakan Guru Bermasalah
|
ABSTRAK
Masalah
disiplin di kalangan guru merupakan isu yang hangat diperkatakan
oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing.
Penyelidikan ini dilakukan
bertujuan untuk mengenal pasti faktor – faktor yang
mempengaruhi berlakunya masalah
disiplin seorang guru
sekolah rendah di Daerah Balingian, Mukah, Sarawak. Kajian ini
melibatkan seramai seorang responden. Kajian ini di
bataskan kepada lima faktor yang
mempengaruhi berlakunya masalah disiplin iaitu pengaruh
ibu bapa, rakan sebaya,
rakan guru, sikap guru dan peraturan sekolah dan etiaka perguruan.
Hasil kajian menunjukkan semua faktor kurang mempengaruhi namun begitu
faktor sikap dan tidak mengamalkan etika
perguruan memberi pengaruh yang tertinggi
terhadap berlakunya masalah disiplin guru sekolah berbanding dengan faktor – faktor lain
yang dikaji.
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masyarakat
kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam memberi
pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan
yang positif dan tidak
kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang
berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi
bagaimana pula yang berpandangan
negatif terhadap disiplin. Pandangan yang negatif
terhadap disiplin menjadi tumpuan
dan isu yang popular pada masa ini. Ia melibatkan
individu dan juga masyarakat. Apa
yang diperkatakan
sekarang ialah masalah disiplin di kalangan guru sekolah semakin menjadi-jadi dan
semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan
sahsiah guru yang kurang berdisiplin.
Apa yang
membimbangkan kita tentang kemerosotan disiplin ialah berhubung
dengan
keruntuhan akhlak segilintir guru di mana sebahagian kecil guru sekolah sering
melakukan pelbagai salah laku seperti ponteng mengajar, berkhalwat,
penyalahgunaan dadah, masuk lambat ke kelas, berjudi, bergaduh, merokok,
gengsterisme dan
sebagainya.
Hakikat yang sukar kita terima ialah semakin berkembangnya ilmu
pengetahuan, semakin
luas pula keruntuhan akhlak di kalangan guru sekolah.
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan dan juga hala tuju untuk
sistem
pendidikan Negara kita. Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran telah berusaha
dari masa ke
semasa di dalam mengkaji kurikulum dan ko-kurikulum supaya sesuai
dengan keadaan semasa dan dapat memberi kebaikan
kepada guru sekolah. Nilai
murni diterap
di dalam sistem pendidikan bertujuan melahirkan insan yang sempurna
dan
berketerampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI).
Malah
pengawasan terhadap masalah disiplin guru sentiasa diberi perhatian oleh
Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
serta pihak Guru
Besar. Pihak Guru Besar sebagai ketua di sekolah dikehendaki menghantar data
Sistem Salah Laku Guru ke Pejabat
Pelajaran Daerah. Ini bertujuan untuk dianalisis mengikut sekolah dan akan
dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. JPN akan menghantar data yang sudah
dianalisis ke Unit Hal Ehwal Guru (HEM) di KPM. Jawatankuasa Induk Menangani
Gejala Disiplin Guru akan mencari kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk
mengatasi masalah ini.Menurut sumber maklumat daripada Kementerian Penerangan
Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah banyak berusaha melaksanakan program-program
yang dapat membantu dalam menangani
masalah disiplin di kalangan guru
sekolah.
Sebanyak enam jenis program pembangunan
sahsiah guru dilaksanakan di peringkat
sekolah sepanjang tahun 2011.
Program-program
tersebut adalah seperti berikut:
a. Kursus Peningkatan
Kualiti Kepimpinan, Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Guru.
b. Pemantapan
Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Guru.
c. Kursus
Semangat Patriotisme Guru.
e. Ceramah
Peningkatan Konsep Kendiri dan Jati Diri Guru.
g. Ceramah Program
Pencegahan Salah Laku Berat Guru yang terdiri dari
salah laku, iaitu pergaduhan,,
gengsterisme, ponteng mengajar dan merokok.
h.
Jawatankuasa pemantau di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri
Oleh demikian
dapat kah kita menyalahkan sistem pendidikan kita ke atas
kemerosotan
disiplin guru masa kini atau ada faktor
– faktor lain yang
menyumbang
kepada masalah disiplin di kalangan guru sekolah rendah.
Sehubungan
dengan itu semua pihak terutama para guru besar dan guru harus
menggembleng
tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia
tidak terus
menular.
1.2 Latar Belakang
Guru Yang Bermasalah
1. Nama : Awang
Salleh B Awang Busu
2.
Status : Bujang
3.
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia
4.
Keluarga : Anak bongsu dari sepuluh adik beradik
5. Alamat : Kampung Bentong, Sarikei, Sarawak.
1.2.1 Latar
Belakang Kerjaya
1. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kuala Kencana , Balingian,Mukah
, Sarawak.
2.
Tempoh Bekerja : 5 Tahun
3.
Jawatan : Guru Bahasa Inggeris
4.
Alamat : Quaters guru SK Kuala Kencana
5. Pengankutan ke
sekolah : Jalan Kaki.
Cikgu Awang Saleh mula mengajar di SK Kencana pada tahun 2000, Sekolah ini terletak di
pedalaman Sarawak. Pengankutan ke sekolah menaiki Kapal Terbang Twinoter dari
Sarikei ke Bandar Mukah – dari Mukah ke Pekan Balingian menaiki Van ( 56 km )
jalan tidak bertar dari pekan Balingian ke SK Kencana menaiki Bot selama 4 jam.
Di sekolah Kencana mempunyai kemudahan asas yang amat sedikit, elekterik tidak ada, kemudahan telefon tidak ada
terdapat di sekolah ini, hanya mengharapkan generator yang di pasang pada waktu
malam mulai jam 7.00 malam – 11.00 malam. Cikgu Awang mengalami tekanan emosi
yang amat sangat bila mendapat surat penempatan di sekolah pedalamn ini.
Cikgu Awang Saleh juga menghadapi
beberapa masalah tingkah laku ;
1. Sering ponteng mengajar,
apabila balik kampungnya di Sarikei sebulan sekali.Peratus kehadirannya di
sekolah sangat mendukacitakan. Dalam sebulan 5 – 7 hari cg Awang ponteng
mengajar dan kerap mengambil cuti sakit serta kerap mengambil cuti rehat tanpa
sebab yang munasabah.
2.
Mempunyai sifat panas baran dengan sering memukul murid
yang malas membuat kerja sekolah, adakala melibatkan ibu bapa menyerang beliau
di sekolah.
3.
Tidak membuat rancangan tahunan dalam buku catatan harian
mengajar.
4.
Seringkali ponteng dari menghadiri aktiviti kokurikulum
sekolah.
5.
Berpakaian tidak kemas ketika hadir ke sekolah.
6. Kerap lambat masuk
ke kelas dan tidak menyemak buku latihan murid.
1.3 Pernyataan
Masalah
Kajian ini adalah merupakan satu kajian
untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya
masalah disiplin pada diri Cikgu Awang Saleh yang sedang mengajar di sekolah kebangsaan Kencana di sekitar Daerah Balingian,
Mukah. Faktor – faktor yang dikenal pasti untuk dibuat kajian ialah pengaruh ibu
bapa dan rakan sebaya, pengaruh sikap guru tersebut, pengaruh guru besar dan
pengaruh peraturan dan etika guru terhadap masalah disiplin . Pengkaji ingin
memastikan faktor yang manakah yang dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap
berlakunya masalah disiplin pada diri cikgu Awang.
Cikgu Awang
telah melanggar Etika Perguruan dan Standart Guru;
1. Cikgu Awang sering
ponteng mengajar di sekolah, tanpa kebenaran dan kerap mengambil cuti sakit dan
kerap mengambil cuti rehat tanpa sebab yang munasabah.
Dengan ini cikgu Awang telah melanggar Peraturan
4(2) Tatakelakuan/ Larangan ;
a-
Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab
yang munasabah.
b-
Mengemukakan sijil sakit palsu.
c-
Mengambil curi rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
2.
Cikgu Awang mempunyai sifat panas baran dan suka mendera
murid.Cikgu Awang tidak sepatutnya memukul murid ini kerana kuasa untuk
menghukum murid adalah hak Guru Besar sahaja. Dengan ini cikgu Awang telah
melanggar Peraturan 4(2) Tatakelakuan/ Larangan ;.Pada bab Ingkar Perintah
seperti membantah atau melawan pegawai atasan.
3.
Cikgu Awang tidak membuat rancangan tahunan dalam buku
rancangan mengajar. Dengan ini cikgu Awang telah melanggar tanggungjawab asas
guru dalam akta P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) ; menyediakan rancangan tahunan
berdasarkan sukatan pelajaran dan rancangan tahunan terkini yang sedang
digunapakai.Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U(A) 531 Seksyen
8 (1) yang dikenakan penalti RM500.00.
4. Cg Awang sering
ponteng aktiviti kokurikulum sekolah, Dengan ini cikgu Awang melanggar arahan
Penolong Kanan Kokurikulum supaya hadir pada waktu petang membimbing murid
dalam aktiviti kokurikulum . Dengan ini cikgu Awang telah melanggar Peraturan
4(2) Tatakelakuan/ Larangan ;.Pada bab Ingkar Perintah seperti membantah atau
melawan pegawai atasan.
5.
Cikgu Awang memakai pakaian tidak kemas ke sekolah,
Dengan ini beliau melanggar etika pakaian mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 6/1985:
I-
Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pensyarah Di Maktab
Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran
Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian
Pelajaran.
II-
Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985- Pakaian Masa
Bekerja Dan Semasa menghadiri Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-pegawai Awam.
6. Cikgu Awang kerap
lewat hadir ke kelas dan tidak semak buku latihan murid. Dengan ini Cg Awang
telah melanggar etika pengurusan masa ;SPI.Bil 2/1982;
i-
Waktu hadir ke sekolah .
ii-
Waktu hadir ke kelas.
iii-
Semak buku latihan murid.
1.4 Objektif
Kajian
Ada beberapa
faktor yang menyebabkan masalah disiplin pada diri cg Awang di
sekolah kebangsaan
Kencana. Oleh yang demikian tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mencapai
beberapa objektif.
Di antara
objektif yang hendak dicapai adalah untuk
a. mengenal
pasti pengaruh ibu bapa terhadap
berlakunya masalah disiplin di
pada diri
cikgu Awang.
b. mengenal
pasti pengaruh rakan guru terhadap
berlakunya masalah disiplin
cg Awang.
c. mengetahui
pengaruh rakan di kawasan kampung Kencana terhadap masalah disiplin cg Awang.
d. mengetahui
pengaruh sikap cikgu Awang kepada murid di sekolah Kencana.
e. mengenal
pasti pengaruh peraturan dan etika perguruan terhadap masalah
disiplin yang
dihadapi cg Awang.
1.5 Persoalan
Kajian
a. Apakah ibu bapa mempengaruhi berlakunya masalah
disiplin cikgu Awang sejak beliau mengajar di
sekolah kebangsaan Kencana ?
b. Apakah
rakan guru mempengaruhi berlakunya masalah disiplin cikgu Awang ?
c. Apakah sikap
guru besar mempengaruhi berlakunya masalah disiplin cikgu Awang semasa di
sekolah kebangsaan Kencana ?
d. Apakah
sikap cikgu Awang mempengaruhi
berlakunya masalah disiplin di
kalangan pelajar sekolah kebangsaan Kencana ?
e. Apakah
peraturan sekolah dan etika perguruan mempengaruhi berlakunya masalah
disiplin pada diri cikgu Awang ?
f. Apakah pengaruh rakan di kawasan kampung Kencana
terhadap masalah disiplin cg Awang ?
1.6 Kepentingan
Kajian
Kajian ini penting untuk mengetahui faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi
berlakunya
masalah disiplin cg Awang di sekolah kebangsaan
Kencana di Daerah
Balingian.
Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini akan dapat :-
1.6.1 Pihak sekolah
Membantu pihak
sekolah mengenal pasti faktor-faktor
sebenar yang
menyebabkan
masalah disiplin di kalangan guru sekolah terutamanya guru yang bermasalah di
sekolah kebangsaan Kencana. Ini membantu Guru Besar,Penolong Kanan Pentadbiran,
Penolong Kanan Hem dan para guru untuk merangka, merancang dan melaksanakan
tindakan untuk memperbaiki disiplin guru yang bermasalah.
1.6.2 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
Menyediakan gambaran maklumat dan bukti kajian serta membantu pihak,
Jabatan Pelajaran
Bahagian Mukah , Pejabat Pelajaran
Daerah Balingian merancang dan
mengambil
langkah-langkah yang wajar dalam menangani masalah disiplin di kalangan
guru di sekolah rendah di sekitar Daerah Balingian
seperti membuat garisan panduan
serta mengkaji
semula peraturan yang sedia ada tentang masalah-masalah disiplin di kalangan
guru, terutamanya guru di pedalaman.
1.7 Teori Yang
Digunakan Untuk Menyelesaikan Masalah
1.7.1 Pendekatan Humanistik
Abraham Maslow dan Carl Rogers
merupakan dua orang pakar dalam Teori Humanistik. Teori ini mementingkan
kesediaan moral dan potensi pelajar. Di samping itu, Teori Humanistik ini juga
memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan
individu, keunikan diri sendiri bagi seseorang individu dan juga kepentingan
kemanusiaan terhadap individu.
Dalam Teori
Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang telah dibuat ialah
manusia mempunyai keperluan dan keperluan asas. Sekiranya keperluan dan
keperluan asas dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat
memotivasikan individu sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai
tahap kesempurnaan diri. Ini disokong oleh hierarki keperluan mengikut Maslow
(1984) yang menyatakan bahawa jika keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh
individu maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak tenteram.
Abraham
Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan andaian
bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut
Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas
fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri
seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa
manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal
perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir
dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan yang
matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan
kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan
mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Cikgu Awang seorang guru yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya
dan sentiasa tidak cukup duit kerana mempunyai adik beradik yang ramai, telah
menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga
menjejaskan pelajarannya pada waktu kecil.
Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam
keluarga, hubungan sosial dan kecerdasan yang rendah seperti yang telah
dibincangkan di atas, faktor kemiskinan juga menjadi faktor dalam kemunduran
akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah rumah yang sesak terutama apabila
bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber kewangan atau sumber perbelanjaan
terhad. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan biasanya
rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan
minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan
yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang
menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih
sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah,
misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi
kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas
di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat
tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan
kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi.
Melalui pendekatan humanistik, Cikgu Awang yang malas
masuk ke kelas perlu diberi perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam
Hireaki Maslow. Guru Besar seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan melayan cikgu Awang sebagai individu dengan penuh kesabaran.
Rakan-rakan guru bersama mengajar di sekolah jangan cepat menghukum cg
Awang kerana tingkah lakunya yang malas masuk ke kelas, para rakan guru
seharusnya memberi semangat dan motivasi kepada cg Awang bukannya mematikan
semangat dan motivasi cg Awang untuk mengajar murid-murid. Ini akan menyebabkan
cg Awang tidak berkeupayaan atau tidak
ada motivasi untuk mengajar walaupun cg Awang ada kebolehan untuk mengajar mata
pelajaran english yang penting bagi murid SK Kencahana mempelajarinya. Dengan
ini cg Awang memerlukan nasihat secara individu
oleh guru besar . Jadual waktu pengajaran bagi cg Awang perlu disusun agar cg
Awang dapat mengajar dalam keadaan tidak ada tekanan dan mempunyai hasrat untuk belajar, berkembang,
meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan perkembangan
secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan keluarga dan
masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik .
Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian
pengajaran guru akan menjadi lebih baik berbanding dengan cara pengajaran tradisional. Ini berlaku kerana
dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara
ini menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan
guru tersebut.
1.7.2 Kesimpulan
Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan
bagi menghuraikan konsep-konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku
manusia. Antara pendekatan yang digunakan adalah pendekatan pendekatan
humanistik . Pendekatan ini mempunyai
kekuatan tersendiri. Keperluan-keperluan asas dalam diri individu perlu
dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa kasih sayang dan hormat
menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi perkembangan tingkah
lakunya.
Pendekatan psikologi Humanistik yang dibincangkan boleh
disepadu dan digunakan dalam membantu cg
Awang yang bermasalah dalam penulisan ini. Cg Awang yang mundur mempunyai masalah yang khusus tetapi
mempunyai keperluan asas yang sama seperti manusia normal yang lain. Kemunduran sikap dan mental
cg Awangadalah hasil dari berbagai faktor;
keadaan sosio ekonomi dan persekitaran di mana ia dibesarkan. Adalah
penting masalah ini dikenalpasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat
diberikan segera. Kerjasama antara guru besar dan guru-guru adalah perlu dalam
membimbing cg Awang yang mempunyai masalah tingkah laku. Tugas utama Guru Besar
dalam hal ini adalah mengkoordinasikan cg Awang mengenalpasti, memberi
pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil langkah-langkah perlu menggunakan
pendekatan-pendekatan yang disarankan oleh ahli-ahli psikologi.
1.8 Pelan Tindakan Untuk Membentuk Sikap dan Sahsiah
MASALAH
|
TINDAKAN
|
OBJEKTIF
|
STRATEGI
|
SASARAN
|
CATATAN
|
1.Sering
ponteng mengajar kerap mengambil cuti sakit dan cuti rehat tanpa sebab yang
munasabah.
|
-Guru Besar
|
-Memastikan
cg Awang tidak ponteng mengajar
|
-Guru Besar
memangil cg Awang untuk menasihati dengan cara yang baik.
|
-Cg Awang
|
-Cg Awang
menurut nasihat Guru Besar
-Guru Besar
membekukan cuti rehat dan tidak menerima lagi cuti sakit cg Awang
|
2. Mempunyai sifat panas baran
|
-Guru Agama
|
-Mengurangkan
sifat panas baran
|
- mengajak
cg Awang menghadiri kuliah dan solat berjamaah di Masjid Kencana
|
-Cg Awang
|
-Sifat panas
baran Cg Awang sudah berkurangan sebanyak 70%.
|
3.Tidak
membuat rancangan tahunan dalam buku catatan harian mengajar.
|
-Penolong
Kanan Pentadbiran
|
-Memastikan
Cg Awang membuat rancangan tahunan pengajaran bahasa inggeris
|
-membuat rancangan
tahunan pengajaran bahasa inggeris dalam unit panitia bahasa inggeris
|
-cg Awang
-guru-guru
yang mengajar bahasa Inggeris
|
-rancangan
tahunan berjaya disiapkan dengan sempurna oleh panitia bahasa inggeris.
|
4.Seringkali
ponteng dari menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah
|
-Penolong
Kanan Kokurikulum
|
-Memastikan
cg Awang tidak ponteng aktiviti kokurikulum sekolah
|
-memberi
jawatan jurulatih bola sepak sekolah.
|
-cg Awang
|
-Cg Awang
memberi komitmen yang cemerlang dalam melatih bola sepak sekolah sehingga
dapat mewakili daerah Balingian.
|
5.
Berpakaian tidak kemas ketika hadir ke sekolah.
|
-Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
|
-Memastikan
cg Awang berpakaian kemas ke sekolah
|
-Menasihati
dan mengajak cg Awang ke Bandar Mukah untuk membeli pakaian yang sesuai
dengan cara yang baik.
|
-Cg Awang
|
-Cg Awang
mula berpakaian kemas ke sekolah
|
6.Kerap
lambat masuk ke kelas dan tidak menyemak buku latihan murid
|
-Guru
Kaunseling
|
-Memastikan
cg Awang tidak lambat masuk ke kelas dan menyemak buku latihan murid
|
- Memberi
kaunseling kepada cg Awang
|
-Cg Awang
|
-Cg Awang
mula berubah sikap bila menghadiri 2 sesi kaunseling yang dikelolakan oleh Cg
Cik Fatimah Bt Busu
|
1.9 Skop
dan Batasan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang harus
dititikberatkan iaitu kajian ini hanya dilaksanakan pada seorang guru di
sekolah kebangsaan Kencana, guru ini mempunyai masalah-masalah disiplin yang kronik.
1.10 Rumusan
Di dalam bab ini menerangkan pengenalan tentang masalah
yang hendak dikaji ,objektif kajian, persoalan yang hendak ditimbulkan,
kepentingan kajian ini kepada pihak-pihak yang terlibat dan juga batasan yang
hendak dikaji.Pada keseluruhannya kajian tindakan ini berjaya mengubah sahsiah
Cg Awang Saleh dari mempunyai sahsiah yang tidak baik berubah menjadi lebih
baik.Semoga kajian ini dapat menjadi iktibar dan pedoman kepada para guru di
Malaysia yang tercinta ini.
Biografi
Atan
Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1
Ogos 2005.
Edward L.
Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas talian
http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/
education.htm 1 Ogos 2005.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania;
Shippensburg University. Atas talian
http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.
Kamarudin Hj.
Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah
Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.
Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children.
Boston ; Houghton Mifflin.
Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Medline Plus. Trusted Help
Information For You U.S. National Laibrary
of Medicine Atas talian
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.
html
1 Ogos 2005.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali
(2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali,
Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Publications
& Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan
(1993). Penghantar
Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim
(1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur;
Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment