MANSUR Al-HALLAJ:
'ANA AL-HAQ' !
Abad ke-3
Hijriyah merupakan abad yang paling monumental dalam sejarah Tasauf. Lantaran,
pada abad itu cahaya Sufi benar-benar bersinar terang. Para Sufi seperti Sari As-Saqathy, Al-Harits al-Muhasibi, Ma’ruf al-Karkhi,
Abul Qasim al-Junaid al-Baghdadi, Sahl bin Abdullah at-Tustari, Ibrahim
al-Khawwas, Al-Husain bin Mansur al-Hallaj, Abu Bakr As-Syibly dan
ratusan tokoh Sufi yang lain.
Di tengah pergolakan intelektual, falsafah, politik dan peradaban Islam ketika itu, tiba-tiba muncul seorang ahli Sufi yang dianggap kontroversi di kalangan umum ketika itu. Bukan sahaja kaum Fuqaha’, malah sebahagian kaum Sufi pun ada yang menentang beliau. Beliau adalah Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj, yang mempunyai pengaruh dan meninggalkan kesan yang besar di dalam sejarah Tasauf Islam.
Nama lengkapnya adalah al-Husain bin Mansur, lebih dikenali dengan panggilan Abul Mughits. Beliau adalah penduduk Baidha’ di Iran dan menempuhi alam dewasa di Wasith dan Irak. Menurut catatan As-Sulamy, Al-Hallaj pernah berguru pada Al-Junaid al-Baghdadi, Abul Husain an-Nuri, Amr al-Makky, Abu Bakr al-Fuwathy dan guru-guru yang lain.
Walaupun beliau ditolak oleh sebahagian kecil kaum Sufi, namun dia diterima oleh ramai tokoh-tokoh besar Sufi besar seperti Abul Abbad bin Atha’, Abu Abdullah Muhammad Khafif, Abul Qasim Al-Junaid Al-Baghdadi dan Ibrahim Nashru Abadzy. Mereka memuji dan membenarkan Al-Hallaj, bahkan mereka banyak mengisahkan dan memasukkannya sebagai golongan ‘ahli hakikat’. Bahkan, Muhammad bin Khafif menyatakan: “Al-Husain bin Mansur adalah seorang alim Rabbani.”
Pada akhir hayatnya, Al-Hallaj dibunuh oleh pemerintah zalim ketika itu, berdekatan gerbang Ath-Thaq, pada hari Selasa di bulan Zulkaedah tahun 309H.
Pada perkembangannya, teori-teori Tasauf yang diungkapkan oleh Al-Hallaj, berkembang lebih jauh, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Arabi, Al-Jiily, Ibnu Athaillah as-Sakandary, bahkan gurunya sendiri, Al-Junaid memiliki ‘risalah’ (semacam surat-surat Sufi) yang sangat mirip dengan Al-Hallaj. Sayang sekali risalah tersebut tidak diterbitkan secara meluas, sehingga, misalnya mazhab Sufi Al-Junaid tidak difahami secara komprehensif pula. Menurut Prof Dr. KH Said Aqiel Sirraj: “Kalau orang membaca Rasailul Junaid, pasti orang akan faham tentang pandangan Al-Hallaj.”
Pandangan Al-Hallaj banyak dikafirkan oleh para Fuqaha’ yang biasanya hanya membincangkan soal halal dan haram. Sementara beberapa golongan juga menilai kesalahan Al-Hallaj, kerana ia telah membuka rahsia Tuhan, yang seharusnya ditutupi. Kalimatnya yang sangat terkenal sehingga kini adalah “Ana al-Haq”, yang bererti: “Akulah Kebenaran”.
Tentu sekali pandangan sedemikian menjadi heboh. Apatah lagi jika ungkapan tersebut difahami secara sepintas lalu, atau bahkan tidak difahami sama sekali. Akibatnya, ramai yang mengkafirkan Al-Hallaj, serta Ibnu Arabi, dengan tuduhan bahawa kedua-duanya mengamalkan ‘Wahdatul Wujud’ atau pantheisme.
Padahal, dalam seluruh pandangan Al-Hallaj tidak satu pun kata atau kalimat yang menggunakan Wahdatul Wujud (kesatuan wujud antara hamba dengan Tuhan). Wahdatul Wujud atau yang disebut pantheisme hanyalah penafsiran keliru. Bahkan yang lebih benar adalah Wahdatus-Syuhud (Kesatuan Penyaksian). Sebab yang manunggal itu adalah penyaksiannya, bukan ZatNya dengan zat makhluk. Para pengkritik yang menentang Al-Hallaj, menurut para tokoh Sufi, melihat hakikat hanya dari luar saja, sedangkan Al-Hallaj melihatnya dari dalam.
Sebagaimana Al-Ghazali melihat sebuah bangunan dari dalam dan dari luar, lalu menjelaskan isi dan bentuk bangunan itu kepada umum, sementara Ibnu Rusydi melihat bangunan hanya bentuk luarnya sahaja, dan menjelaskannya kepada umum pula. Tentu jauh perbezaan kesimpulan yang dibuat oleh Al-Ghazali dan Ibnu Rusydi.
Setidak-tidaknya ada tiga kelompok besar dari kalangan Ulama, baik fuqaha’ mahupun Sufi terhadap pandangan-pandangan Al-Hallaj ini. Antara mereka ada yang terus mengkafirkan beliau; ada pula yang mendiamkan diri; namun tidak kurang pula yang langsung menerima dan menyokongnya.
Menurut penelitian Dr. Abdul Qadir Mahmud, dalam bukunya ‘Al-Falsafatush Shufiyah fil Islam’, beliau mengatakan 3 kelompok utama tersebut adalah:
1. Mereka yang mengkafirkannya, antara lain adalah para Fuqaha’, dan kalangan mazhab Zahiriyah, seperti Ibnu Dawud dan Ibnu Hazm. Sedangkan dari kalangan Syi’ah Imamiyah, antara lain Ibnu Babaweih al-Qummy, ath-Thusy dan al-Hilly. Dari kalangan mazhab Maliki antara lain Ath-Tharthusy, Iyyadh dan Ibnu Khaldun. Dari kalangan mazhab Hambali antara lain Ibnu Taymiyah. Dan kalangan Syafi’iyah antara lain Al-Juwainy dan ad-Dzahaby.
Sementara itu dari kalangan Mutakallimin yang mengkafirkan Al-Hallaj adalah Al-Jubba’i dan al-Qazwiny (Mu’tazilah); Nashiruddin ath-Thusy dan pengikutnya (Imamiyah); Al-Baqillany (Asy’ariyah); Ibnu Kamal dan al-Qaaly (Maturidiyah).
Dari kalangan Sufi antara lain, Amr al-Makky dan kalangan Salaf, di antaranya juga para Sufi mutakhir, selain Ahmad ar-Rifai’y dan Abdul Karim al-Jily, keduanya tidak memberikan sebarang komen.
2. Mereka yang mendukung pandangan Al-Hallaj, dari kalangan Fuqaha’ antara lain adalah: At-Tusytari dan Al-Amily (Imamiyah); Ad-Dilnajawy (Malikiyah); Ibnu Maqil dan an-Nabulisy (Hambaliyah),; Al-Maqdisy, Al-Yafi’y, Asy-Sya’rany dan Al-Bahtimy (Syafi’iyah). Dari kalangan Mutakallimin, Ibnu Khafif, Al-Ghazali dan Ar-Razi (kalangan Asy’ary) serta kalangan Mutakallim Salaf.
Dari kalangan Filosuf pula, pendukungnya adalah Ibnu Thufail. Sedangkan dari kalangan Sufi antara lain as-Suhrawardy al-Maqtul, Ibnu Atha’illah, As-Sulamy dan Al-Kalabadzy.
3. Kelompok yang berdiam diri dari kalangan Fuqaha’ antara lain adalah Ibnu Bahlul (Hambaliyah), Ibnu Suraij, Ibnu Hajar dan As-Suyuti (Syafi’iyah).
Dari kalangan Sufi antara lain, Al-Hushry, Al-Hujwiry, Abu Sa’id al-Harawy, Al-Jilany, Al-Baqly, Al-Aththar, Ibnu Arabi, Jalaluddin ar-Rumi, Ahmad Ar-Rifa’y, dan Al-Jiily.
Kontroversi Al-Hallaj, sebenarnya terletak dari sebahagian ungkapan-ungkapan beliau yang sangat rahsia dan dalam, yang tidak mampu difahami, khususnya oleh para Fuqaha’ (ahli syariat). Sehingga Al-Hallaj dituduh anti-syari’at, lalu ia harus dibunuh. Padahal Al-Hallaj sebenarnya berbicara soal hakikat kehambaan dan Ketuhanan secara lebih mendalam.
Tuduhan bahawa Al-Hallaj mengamalkan Wahdatul Wujud juga adalah kerana ramai yang tidak memahami puncak-puncak ruhani Al-Hallaj sebagaimana yang dialami oleh para Sufi. Banyak sekali wacana Tasauf yang mirip dengan Al-Hallaj. Dan Al-Hallaj tidak pernah mengaku bahawa dirinya adalah Allah sebagaimana pengakuan Fir’aun dirinya adalah Tuhan. Al-Hallaj sentiasa menyatakan dirinya adalah seorang hamba yang hina dan fakir. Apa yang ditampakkan oleh Al-Hallaj adalah situasi di mana ruhaninya menjadi dominan, sehingga kesedarannya hilang, sebagaimana mereka yang sedang jatuh cinta di puncaknya, atau mereka yang sedang terkejut dalam waktu yang lama.
Al-Hallaj tetap berpijak pada pandangan Al-Fana’, Fana’ul Fana’ dan al-Baqa’, sebagaimana dalam wacana-wacana Sufi lainnya. Al-Hallaj juga tidak pernah mengajak orangramai untuk melakukan tindakan ‘Hulul’, sebab apa yang dikatakan semuanya merupakan Penyaksian kepada Allah.
Sejarawan Al-Baghdadi mengisahkan tragedi kematian beliau: “Ketika mereka hendak membunuh Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj, para Fuqaha’ dan Ulama dihadirkan, sementara Al-Hallaj diseret di hadapan Sultan. Para dewan kepolisian juga hadir di sebelah barat, tepatnya pada hari Selasa, bulan Zulkaedah minggu kedua, tahun 309. Ia dicambuk sekitar seribu kali cambukan, lalu kedua kakinya dipotong, menyusul kedua tangannya, lalu lehernya dipenggal. Akhirnya, tubuhnya dibakar dengan api.”
“Kepalanya yang dipenggal itu diangkat, ditunjukkan kepada umum dalam sangkar besi, sementara kedua tangan dan kakinya diletakkan di sisi kepalanya. Ketika Al-Hallaj mendekati saat-saat hukuman, ia membisikkan kata-kata: “Wahai yang menolong kefanaan padaku… Tolonglah diriku dalam kefanaan….Tuhanku, Engkau mengasihi orang yang menyakitiMu, maka bagaimana engkau tidak mengasihi orang yang lara dalam DiriMu… Cukuplah yang satu menunggalkan yang satu bagiNya….”.
Sebelum meninggal dunia dengan hukuman itu, Al-Hallaj mengalami hidup dari satu kurungan ke kurungan yang lain, akibat kedengkian para Fuqaha’ dan para Ulama yang merasa tergugat oleh pengaruh Al-Hallaj yang semakin meluas. Boleh jadi penguasa akan terpengaruh pula oleh bahaya pengaruh Al-Hallaj. Kalaupun Al-Hallaj harus dihukum mati dengan disalib, sebagaimana pernah ia ramalkan sendiri, adalah kerana ia adalah di luar kemampuannya. Namun, Al-Hallaj adalah seorang yang sangat patuh mengamalkan Syariat, yang digambarkan, sebagai seorang yang hafiz Al-Quran, tekun solat sepanjang malam, puasa sepanjang siang, dan melakukan ibadah haji berulang kali. Hukuman mati baginya, sama sekali tidak ada kaitan sama ada beliau salah atau benar.
Tragedi Al-Hallaj menjadi hikmah yang luar biasa dalam perkembangan Tasauf. Mereka akan memahami Al-Hallaj, manakala mereka juga menjalankan dan merasakan apa yang dialami oleh Al-Hallaj. Sesiapa pun tidak akan mampu memahami Al-Hallaj jika tidak pernah memahami, menghayati dan mengamalkan amalan ahli-ahli Sufi.
Ada ungkapan Sufi yang sangat arif yang boleh dijadikan renungan kita bersama untuk sekadar merasakan sedikit dari apa yang ditempuhi oleh Al-Hallaj: “Orang yang sedang tenggelam di lautan, tidak akan pernah mampu berbicara, bercerita, berkata-kata, tentang tenggelam itu sendiri. Ketika ia sudah timbul dari tenggelam, dan sedar, baru ia berbicara tentang kisah rahsia tenggelam tadi. Ketika ia berbicara tentang tenggelam itu, kedudukannya bukan lagi sebagai amaliyah tenggelam, tetapi sekadar ilmu tentang tenggelam.”
“Bezakan antara amal dan ilmu. Sebab banyak kesalahfahaman orang yang menghayati tenggelam, tidak dari amalnya, tetapi dari ilmunya. Maka muncullah kesalahfahaman dalam memahami tenggelam itu sendiri.”
Di antara ungkapan-ungkapan Al-Hallaj:
1. “Allah menghijab mereka dengan Nama, lantas mereka pun menjadi hidup. Seandainya Dia menampakkan Ilmu Qudrat pada mereka, mereka akan hangus. Seandainya hijab hakikat itu disingkapkan niscaya mereka mati semua.”
2. “Tuhanku, Engkau tahu kelemahanku jauh dari rasa bersyukur kepadaMu, kerana itu bersyukurlah pada DiriMu bukan dariku, kerana itulah sesungguhnya Syukur, bukan yang lain.”
3. “Siapa yang mengandalkan amalnya, ia akan tertutupi dari yang menerima amal. Siapa yang mengandalkan Allah yang menerima amal, maka ia akan tertutupi dari amal.”
4. “Asma-asma Allah Taala dari segi pemahaman adalah Nama sahaja, tapi dari segi kebenaran adalah Hakikat.”
5. “Bisikan Allah adalah bisikan yang sama sekali tidak berlawanan.”
6. Suatu ketika Al-Hallaj ditanya tentang al-Murid, “Ia adalah orang yang dilemparkan menuju kepada Allah, dan tidak akan berhenti naik sampai ketika ia sampai.”
7. “Sama sekali tidak diperbolehkan orang yang mengenal Allah Yang Maha Tunggal atau mengingat Yang Maha Tunggal, lalu ia mengatakan, “Aku mengenal Al-Ahad” padahal ia masih melihat individu-individu lain.
8. “Siapa yang dimabukkan oleh cahaya-cahaya Tauhid, ia akan tertutupi dari ungkapan-ungkapan Tajrid (menyendiri bersama Allah). Bahkan, siapa yang dimabukkan oleh cahaya-cayaha Tajrid, ia akan bicara dengan hakikat Tauhid, kerana kemabukan itulah yang bicara dengan segala hal yang tersembunyi.”
9. “Siapa yang menempuh kebenaran dengan cahaya Iman, maka ia seperti pencari matahari dengan cahaya bintang gemintang.”
10. “Ketika Allah mewujudkan jasad tanpa sebab, demikian pula Allah mewujudkan sifat jasad itu tanpa sebab, sebagaimana hamba tidak memiliki asal usul pekerjaannya, maka, hamba itu pun tidak memiliki pekerjaannya.”
11. “Sesungguhnya Allah Taala, Maha Pemberi Berkah dan Maha Luhur, serta Maha Terpuji, adalah Zat Yang Esa, Berdiri dengan DiriNya Sendiri, Sendiri dari yang lain dengan Sifat QidamNya, tersendiri dari yang lainNya dengan KetuhananNya, tidak dicampuri oleh apa pun dan tidak didampingi apa pun, tidak diliputi tempat, tidak pula ditemukan waktu, tidak mampu difikirkan dan tidak mampu tercetus dalam imaginasi, tidak pula mampu dilihat pandangan, tidak mampu darusi kesenjangan.”
12. “Akulah Al-Haq, dan Al-Haq (Allah) Benar, Mengenakan ZatNya, di sana tak ada lagi perbezaan.”
13. Ketika ditanya tentang Tauhid, ia menjawab: “Memisahkan yang baru dengan Yang Maha Dahulu, lalu berpaling dari yang baru dan menghadap kepada Yang Maha Dahulu, dan itulah hamparan Tauhid.”

Selawat
Badawi
اللهم صلِّ وسلِّم وبارِك على سيدنا ومولانا محمدٍ شَجَرَةِ الأصل النُّوْرَانِيَّةِ، ولَمْعَةِ القَبْضَةِ الرَّحْمَانِيَّةِ، وأفضل الخلِيْقَةِ الإنْسانِيَّةِ، وأشْرَفِ الصُّوْرَةِ الجِسْمَانِيَّةِ، ومَعْدِنِ الأسْرَارِ الرَّبَّانِيَّةِ، وخزائِنِ العلومِ الإِصْطَفَائِيَّةِ.
صاحِبِ القَبْضَةِ الأصْلِيَّةِ،
والبَهْجَةِ السَّنِيَّةِ، والرُّتْبَةِ العلِيّة، مَنِ انْدَرَجَت النبيون تحت
لِوَائِهِ، فهم منه وإليه، وصلِّ وسلِّم وبارك عليه وعلى آله وصحبه عدد ما
خَلَقْتَ ورَزَقْتَ وأمَتَّ وأحْيَيْتَ إلى يوم تُبْعَثُ مَنْ أفْنَيْتَ، وسلِّمْ
تسليماً كثيرًا، والحمد لله رب العالمين.
Ya
Allah limpahkanlah rahmat, keselamatan dan keberkahan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w., sebagai sumber cahaya, sebagai genggaman kesayangan yang
berkilauan, sebagai manusia yang paling utama, semulia-semulia jasad, sumber
galian rahsia ketuhanan dan khazanah ilmu-ilmu yang terpilih dan suci.
Pemilik genggaman yang asli, yang gemilang dan kedudukan yang tinggi di mana kenabian berlangsung di bawah panjinya. Maka mereka adalah di bawah perintahnya. Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya, ahli keluarganya dan para sahabatnya sebanyak bilangan barang apa yang telah Engkau ciptakan, yang Engkau kurniakan rezeki, yang Engkau matikan dan hidupkan hinggalah ke hari di mana Engkau bangkitkan orang yang telah Engkau matikan. Kurniakanlah kesejahteraan ke atasnya dengan kesejahteraan yang sebanyak-banyaknya dan segala pujian milik Allah tuhan sekalian alam.

Selawat ini digubah oleh Wali
Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah
sirruhu.
Fadhilatnya :
1. Menghindar dari sihir dan segala kejahatan zahir dan batin. Bacalah
selawat ini 3x setiap kali selepas solat fardhu dan 7x setiap mau tidur.
2. Mendapat kedudukan tinggi dengan riyadah selawat ini.
Puasa 3 hari mulai Selasa, Rabu, Khamis.
Selama puasa baca selawat ini 21x setiap kali selesai solat fardhu.
Disertai niat memohon pertolongan dari Allah Taala agar dikokohkan kedudukan
dan mendapat rezeki yang halal.
Selesai berpuasa amalkan selawat ini 7x setiap hari sebagai amalan
harian.
3. Menurut Syed Ahmad
Zaini Dahlan barangsiapa
melazimi membaca selawat ini akan mendapat cahaya batin dan terbuka beberapa
rahsia yang ghaib. (yakni
mengetahui hakikat disebalik peristiwa kejadian-penulis.)
No comments:
Post a Comment