Pakaian Solat Lelaki
Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan)
pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang
telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut
tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong.
Apabila membahaskan berkenaan fenomena isbal ini, para
ulama sebahagiannya mengklasifikan di antara hadis-hadis yang menyentuh isbal
dengan disertai kesombongan dan juga perbuatan isbal yang tidak disertakan
dengan niat sombong.
Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini diletakkan dua sub-tajuk yang membawakan hadis-hadis tersebut berdasarkan pembahagian di antara isbal dengan niat sombong dan juga isbal tanpa disertai niat sombong.
Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini diletakkan dua sub-tajuk yang membawakan hadis-hadis tersebut berdasarkan pembahagian di antara isbal dengan niat sombong dan juga isbal tanpa disertai niat sombong.
Isbal Tanpa Niat Sombong
Maksud: Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,
daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa beliau berkata:
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:
Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian)
sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari,
Kitab al-Libas, 18/88)
Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:
Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu berkata:
Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana
Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis
Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh
al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan
Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)
Maksud: Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau
mendengar asy-Syarid berkata:
Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:
Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:
"Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala".
Maka orang tersebut pun berkata:
Maka orang tersebut pun berkata:
"Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang
bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika
berjalan".
Lalu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap
menyatakan:
"Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua
ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah bagus".
Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki
tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada
tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwayat Ahmad,
Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah
ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)
Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi
Shallallahu 'alaihi wa Sallam datang menegur kepada pelaku isbal tanpa
menanyakan terlebih dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan
sombong atau pun tidak. Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut
adalah, Nabi terus sahaja menegurnya supaya meninggalkan isbal, biar pun si
lelaki tersebut telah memberikan alasan.
Perbincangan yang
ke-10 ini khusus membicarakan syarat-syarat pakaian bagi perempuan
apabila mereka hendak mendirikan ibadah solat samada dalam suasana musafir
mahupun tidak musafir. Adat kebiasaan Nusantara melihatkan kaum wanita selalu
dan hanya selalu memakai set kain putih yang digelar sebagai telekung setiap
kali mereka bersolat sehinggakan dianggap bahawa telekung itu adalah jenis
pakaian yang wajib bagi seorang wanita untuk mendirikan solat. Insya-Allah
dalam perbincangan ini akan dihuraikan syarat sebenar pakaian solat bagi wanita
dan lain-lain hal bertalian dengannya. Diharapkan perbincangan ini akan membawa
manfaat apabila dengan tidak sengaja timbulnya suasana yang menjemputnya.
Syarat Pakaian Solat Wanita.
Pakaian wanita dalam
solat terbahagi kepada dua, pertama yang menutupi kepala sehingga leher dan
labuh ke dada manakala yang kedua ialah yang menutupi badan sehingga labuh ke
kedua-dua kaki. Dua hadith di bawah ini dijadikan rujukan oleh para ahli fiqh -
[01] Dari A'isyah
radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda:
Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai
kain tudung. (Khimar).[
[02] Ummu Salamah
radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu
- alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian
panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau
bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua
telapak kakinya.
Hadith pertama
menerangkan bahawa seorang wanita yang hendak bersolat, hendaklah dia memakai
kain tudung atau dalam Bhs. Arab adalahKhimar iaitu sehelai kain yang
menutupi kepala sehingga ke leher. Ini adalah makna dari segi bahasa, sementara
dari segi tuntutan syari'at pula, tudung yang dipakai itu hendaklah dilabuhkan
dari kepala sehinggalah ke dada atau lebih sedikit sampai menutupi kawasan
kedua buah dadanya. Ini jelas tertulis dalam al-Qur'anul Karim - dan
hendaklah mereka menutup bahagian dada mereka dengan tudung kepala mereka. [Maksud
surah an-Nur 24 - 31].
Hadith ini juga
menunjukkan bahawa memakai tudung adalah syarat sah atau tidak solat seorang
wanita itu, difahami melalui lafaz …Tidak diterima solat seorang wanita…… Dari
itu jelas hukum fiqh bahawa memakai tudung yang menutupi kepala sehingga ke
dada seorang wanita itu adalah merupakan syarat sah solatnya.
Hadith kedua
menerangkan bahawa pakaian seorang wanita itu, selain dari tudung kepalanya,
hendaklah sesuatu yang panjang sehingga dapat menutup dari leher sehinggalah ke
kedua belah tapak kakinya. Dar'u ialah pakaian Arab yang seumpama
gaun atau jubah yang dipakai melalui leher dan ianya memanjang sehingga ke
betis atau lebih, maka melalui hadith ini Nabi sallallahu-alaihi-wasallam
mensyaratkan bahawa gaun atau jubah itu haruslah memanjang sehingga menutup
kedua tapak kaki wanita.
Dari dua hadith ini
jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat
menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua
helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju
panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia
menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah
muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini
berdasarkan firman Allah Azza waJalla: Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. [Maksud
surah an-Nur 24 - 31].
Dari ayat di atas
Allah Subhanahu waTa'ala melarang kaum wanita daripada memperlihatkan perhiasan
tubuh badan mereka kecuali yang zahir darinya. Yang dimaksudkan sebagai zahir
ialah sesuatu yang biasa terdedah, selalu dipergunakan untuk kerja harian dan
tidak merangsangkan nafsu kaum lelaki secara normal. Anggota-anggota yang zahir
ini ditafsirkan sebagai muka dan tangan dari pergelangan hingga ke hujung jari.
Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat kedua bahagian ini, samada tangan
mahupun muka perlu tetap ditutup.
Jenis Pakaian
Jenis pakaian yang
dipakai hendaklah longgar dan labuh yakni tidak menampak bentuk badan wanita
tersebut, sekalipun dia merasakan badannya tidak mempunyai bentuk. Ini dapat
difahami juga melalui ayat di atas yang melarang kaum wanita memperlihatkan
perhiasan tubuh badan mereka. Perhiasan ini ada dua jenis, iaitu perhiasan asli
tubuhnya dan kedua ialah perhiasan tambahan seperti rantai, gelang dan
sebagainya. Kedua-dua ini tidak boleh diperlihatkan kepada khalayak umum
kecuali kepada suaminya dan beberapa ahli keluarga terdekat. Cara terbaik
untuk melindungi perhiasan asli tubuh badan ialah dengan mengenakan pakaian
longgar dan labuh dan ini adalah sesuatu yang disepakati tanpa keraguan. Antara
tuntutan yang senada ialah memakai pakaian yang tidak nipis sehingga
menampakkan warna kulit atau bayangan tubuh badan di sebaliknya. Ini juga
termasuk tuntutan menutup aurat wanita.
Daripada dua
penjelasan di atas, iaitu syarat pakaian dan jenis pakaian, dapatlah kita
ketahui bahawa pakaian yang semestinya dipakai oleh seorang wanita apabila
sedang solat atau di luar solat adalah sesuatu yang dapat menutup dirinya dari
kepala sehingga ke kaki kecuali muka dan tangan dari pergelangan ke jari-jari.
Selain itu pakaian tersebut hendaklah longgar dan labuh, tidak menampakkan
bentuk badan ataupun bayangan ataupun warna kulit di sebaliknya. Oleh itu apa
sahaja pakaian yang dapat menepati syarat ini boleh digunakan bagi tujuan
mendirikan solat dan urusan harian di luar rumah. Telekung yang selalu dipakai
oleh muslimah di Nusantara ini sangatlah baik kerana ia menepati segala
syarat-syarat tersebut tetapi perlu diketahui bahawa telekung bukanlah
satu-satunya sahaja yang boleh digunakan untuk bersolat. Dalam erti kata lain,
telekung bukanlah syarat wajib solat.
Seperkara lain yang
perlu dinyatakan ialah bahawa walaupun muka dan tangan tidak dikategorikan
sebagai aurat yang wajib ditutup, kedua bahagian ini amat dituntut agar tidak
dihiasi dengan sesuatu yang boleh membawa perhatian atau rangsangan kepada
orang lain. Sebagai tambahan, walaupun muka itu tidak wajib ditutup, ia amat
digalak agar diselindungi disebalik kain nipis atau yang seumpama bagi mengelak
niat buruk orang-orang lelaki yang rakus sifatnya.
Perkara kedua yang
perlu dinyatakan di sini ialah syarat pakaian solat sepertimana yang
diterangkan di atas adalah wajib dipatuhi oleh seseorang itu samada dia berada
dalam suasana orang ramai atau bersendirian. Dalam erti kata lain, sekalipun
seorang wanita itu berada berseorangan dalam biliknya, dia tetap wajib menepati
syarat-syarat ini sekalipun tiada orang yang melihat. Ini adalah kerana syarat
pakaian solat adalah bagi memenuhi hak dan adab seorang hamba yang sedang
beribadah kepada Rabbnya dan ia tidak berhubung-kait dengan adab sesama
manusia. Berbeza pula dalam suasana di luar etika solat, di mana seseorang
wanita itu dibolehkan membuka kain tudung atau sebagainya apabila berhadapan
dengan suami, ayah sendiri, keluarga terdekat dan seterusnya.
Apabila pakaian yang ada tidak menepati syarat.
Apabila seseorang
muslimah hendak bersolat lalu tidak mempunyai pakaian yang dapat menepati
syarat-syarat di atas maka apakah tindakan seterusnya ? Contohnya ialah apabila
berada dalam pesawat terbang lalu disedari bahawa dia terlupa membawa set
telekung atau kain tudung (bagi yang sememangnya tidak bertudung); dan setelah
dicari apa-apa alternatif pakaian lain namun tidak ditemui juga. Maka
bagaimanakah tuntutan solatnya ?
Maka yang
pertama perlu dijelaskan ialah menunda solat tersebut ke waktu atau masa yang
lain atas tujuan akan diqadha adalah bukan salah satu dari alternatif yang
dibenarkan syara' kerana solat tersebut tetap wajib ke atas dirinya. Solat
hanya boleh ditunda dari masanya dalam situasi darurat, iaitu situasi yang
melibatkan ancaman bahaya kepada nyawa atau mana-mana anggota badannya (Life
and Death situation only). Adapun ketiadaan pakaian yang dapat menepati
syarat-syarat solat maka itu dipandang sebagai satu keuzuran dan bukan darurat.
Satu pilihan syari'at
yang dibolehkan ialah menjamakkan solat tersebut jikalau dijangkakan bahawa
dalam waktu yang akan datang dia berkebolehan untuk melaksanakan solatnya itu
dengan memenuhi syarat pakaian yang sempurna. Antara solat Zohor dan Asar, atau
antara solat Maghrib dan I'syak, boleh didirikan dalam satu waktu jikalau ada
kesulitan yang menimpa, sekalipun tidak dalam keadaan musafir. Contohnya
seseorang yang tidak mempunyai pakaian yang menepati syarat bagi solat Zohor
dan dijangkanya secara yakin bahawa dia mampu memenuhinya pada waktu Asar nanti
maka dianjurkan dia mendirikan solat Zohornya itu bersama solat Asar dalam
waktu Asar nanti berdasarkan kaedah jamak takhir. Persoalan seterusnya adalah -
apakah yang harus dilakukan apabila tiba waktu solat Asar dan dia masih belum
dapat menepati syarat pakaian yang diwajibkan, atau bagi solat subuh yang sememangnya
tidak boleh dijamak atau dilengah-lengahkan ?
Apabila sesuatu dari
tuntutan agama tidak dapat dipenuhi oleh seseorang insan, syari'at menganjurkan
agar dia tetap berusaha untuk melaksanakan perintah asal tersebut dengan
sesempurna mungkin, sedaya mungkin dan sekuat mungkin. Dua dalil yang dijadikan
petunjuk oleh para ahli fiqh ialah firman Allah Azza waJalla dalam surah
at-Taghabun 64, ayat 16 yang bermaksud: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada
Allah sedaya upaya kamu.
Nabi
sallallahu-alaihi-wasallam juga telah bersabda: Apa yang aku tegah kamu
darinya maka hendaklah kamu jauhinya dan apa yang aku perintah kamu dengannya
maka hendaklah kamu laksanakan sedaya mampu.
Dari dua petunjuk
dalil di atas, para ahli fiqh segenap Mazhab yang empat tetap mewajibkan
seseorang mendirikan solat-solat fardhunya sekalipun pakaiannya tidak mencukupi
syarat-syarat yang termaktub. Apabila pakaian yang sedia dipakai tidak menepati
syarat sepenuhnya untuk bersolat dan setelah diusahakan gagal menemui sebarang
pakaian atau alternatif lain maka dibolehkan tetap bersolat dengan pakaian yang
sedia ada. Justeru itu tetap diharuskan bersolat sekalipun berpakaian
jubah atau baju kurung atau baju kebaya atau apa-apa sekalipun walau hanya
dengan seluar jeans dan baju kemeja T. Bagi yang memakai tudung diharuskan
terus bersolat sekalipun tudung tersebut adalah kecil dan tidak labuh sehingga
ke dada sementara bagi yang tidak bertudung diharuskan juga tetap bersolat
sekalipun tanpa tudung. Solat sebegini adalah tetap sah dan tidak perlu
diulangi atau diqadha.
Walaubagaimanapun
diulangi bahawa kebolehan ini hanyalah bagi mereka yang benar-benar gagal
menemui sebarang bentuk pakaian yang dapat menutupi kepalanya atau/dan
lain-lain bahagian sebagaimana yang disyaratkan. Sikap malas atau sengaja
meremehkan tuntutan menutup aurat dalam solat bukan sahaja menyebabkan solatnya
tidak sah tetapi juga akan dipertanggung-jawabkan kerana mempermainkan hukum
agama.
Syarat minima pakaian solat.
Sudah tentu tertanya
di hati - apakah dia batas minima bagi seseorang yang pakaiannya tidak menepati
syarat-syarat solat ? Maka jawapannya ialah walauapapun kekurangan pakaian yang
dihadapi, solat tersebut tetap wajib dilaksanakan dan tetap sah sekalipun
jikalau terperangkap dalam suasana tidak berpakaian langsung. Prof. Dr. Wahbah
Zuhaili, ahli fiqh mutakhir dan juga Ketua Fakulti Fiqh dan Usul Fiqh di
Universiti Islam Damaskus, Syria menerangkan rincian pendapat setiap mazhab
ahli sunnah yang empat mengenai batas minima pakaian solat seseorang, iaitu -
Menurut pendapat
ulama'-ulama' Mazhab Maliki, seseorang yang tidak mempunyai pakaian penutup
aurat hendaklah dia tetap bersolat sekalipun bertelanjang kerana menutup aurat
adalah dituntut ketika terdaya maka gugurlah tuntutan jika tidak terdaya.
Menurut pendapat
Mazhab Hanbali, dalam keadaan tidak ada penutup aurat hendaklah dilakukan solat
secara duduk dan melakukannya secara isyarat.
Menurut pendapat
ulama'-ulama' Mazhab Shafie dan Hanafi, wajib dilakukan solat sekalipun dengan
melumuri tanah pada tubuh badan sebagai penutup aurat dan berkekalan dalam
keadaan sedemikian sehingga selepas solat, atau dengan melumuri air yang keruh
pada tubuh badan sebagai penutup aurat.
Menurut pendapat
ulama'-ulama' Mazhab Hanafi dan Maliki memadai dengan kegelapan sebagai penutup
aurat kerana darurat, sementara menurut pendapat yang asah di kalangan
ulama'-ulama' Mazhab Shafie, hendaklah menutup kemaluan dengan tangan, begitu
juga menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali kerana dengan itu tercapai
tujuan menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
Dalam keadaan tersebut
menurut pendapat ulama'ulama' Mazhab Shafie, hendaklah dilakukan solat secara
berdiri bagi menyempurnakan rukun solat dan menurut pendapat yang madhab di
kalangan mereka, solat tersebut tidak wajib diulangi selagi sebagaimana yang telah
dijelaskan sebelum ini. Sementara itu menurut pendapat ulama'-ulama' Mazhab
Hanafi, hendaklah dilakukan solat secara duduk dan membuat isyarat ketika rukuk
dan sujud sebagaimana juga pendapat ulama'-ulama' Mazhab Hanbali. Itulah yang
lebih utama daripada solat secara berdiri dan membuat isyarat ketika rukuk dan
sujud kerana menutup aurat adalah lebih penting daripada menunaikan rukun.
Demikian salinan
penerangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili. Penerangan di atas insya-Allah tidak
mungkin akan temui suasananya dalam sepanjang hidup kita. Namun ia dikemukakan
bagi menunjukkan bahawa para ulama' fiqh dari semua 4 Mazhab yang sedia ada
tetap mewajibkan solat dilaksanakan dalam waktunya sekalipun berhadapan suasana
dan keadaan yang amat mengharukan. Faktor ketiadaan pakaian yang secukupnya
tidak diterima sebagai alasan atau dalih untuk menundakan solat atau
meninggalkannya terus.
No comments:
Post a Comment