Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal,
perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.
TAKBIRATUL
IHRAM
Berdiri
tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan
perut atau dada bahagian bawah.
Manfaat:
Pergerakan
ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah
otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat
kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen
menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada
bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian,
khasnya pada tubuh bahagian atas.
RUKUK
Rukuk
yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas
air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan
tulang belakang.
Manfaat:
Gerakan
ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae)
sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak,
maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di
lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk
adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.
Bangun
dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi
telinga.
Manfaat:
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok
berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di
dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya,
pencernaan menjadi lebih lancar.
SUJUD
Meletakkan
kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.
Manfaat:
Aliran
darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak
menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak.
Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan
tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga
menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki
manfaat luar biasa bagi kesuburan dan
kesihatan organ kewanitaan.
DUDUK
Duduk
ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir).
Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan
syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang
sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat
baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra),
kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan.
dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada
iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian
relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan
kekuatan organ-organ gerak kita.
SALAM
Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.
Manfaat:
Kelonggaran
otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan
ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.
Jadi
selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering
melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan
khusyuk dalam solat,Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan &
menambah kecerdasan
No comments:
Post a Comment