Monday 20 May 2013

Sahsiah





Kajian Tindakan Guru Bermasalah

 
ABSTRAK

Masalah disiplin di kalangan guru merupakan isu yang hangat diperkatakan
oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Penyelidikan ini dilakukan
bertujuan untuk mengenal pasti faktor – faktor yang mempengaruhi  berlakunya masalah
disiplin seorang guru  sekolah rendah di Daerah Balingian, Mukah, Sarawak. Kajian ini
melibatkan seramai seorang responden. Kajian ini di bataskan kepada lima faktor yang
mempengaruhi berlakunya masalah disiplin iaitu pengaruh ibu bapa, rakan sebaya,
rakan guru, sikap guru  dan peraturan sekolah dan etiaka perguruan. Hasil kajian menunjukkan semua faktor kurang mempengaruhi namun begitu faktor  sikap dan tidak mengamalkan etika perguruan   memberi pengaruh yang tertinggi terhadap berlakunya masalah disiplin guru  sekolah berbanding dengan faktor – faktor lain yang dikaji.



PENDAHULUAN


1.1  Pengenalan
           
Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam memberi
pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak
kurang juga yang memberi pandangan yang negatif  mengenai disiplin. Bagi yang
berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi bagaimana pula yang berpandangan
negatif terhadap disiplin. Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi tumpuan
dan isu yang popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga masyarakat. Apa
yang  diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di kalangan guru sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan sahsiah guru yang kurang berdisiplin.
Apa yang membimbangkan kita tentang kemerosotan disiplin ialah berhubung
dengan keruntuhan akhlak segilintir guru di mana sebahagian kecil guru sekolah sering melakukan pelbagai salah laku seperti ponteng mengajar, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, masuk lambat ke kelas, berjudi, bergaduh, merokok, gengsterisme dan
sebagainya. Hakikat yang sukar kita terima ialah semakin berkembangnya ilmu
pengetahuan, semakin luas pula keruntuhan akhlak di kalangan guru sekolah.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan dan juga hala tuju untuk
sistem pendidikan Negara kita. Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran telah berusaha
dari masa ke semasa di dalam mengkaji kurikulum dan ko-kurikulum  supaya sesuai
dengan  keadaan semasa dan dapat memberi kebaikan kepada guru sekolah. Nilai
murni diterap di dalam sistem pendidikan bertujuan melahirkan insan yang sempurna
dan berketerampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Malah pengawasan terhadap masalah disiplin guru sentiasa diberi perhatian oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
serta pihak Guru Besar. Pihak Guru Besar sebagai ketua di sekolah dikehendaki menghantar data Sistem Salah Laku Guru  ke Pejabat Pelajaran Daerah. Ini bertujuan untuk dianalisis mengikut sekolah dan akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. JPN akan menghantar data yang sudah dianalisis ke Unit Hal Ehwal Guru (HEM) di KPM. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Guru akan mencari kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.Menurut sumber maklumat daripada Kementerian Penerangan
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah banyak berusaha melaksanakan program-program yang dapat membantu  dalam menangani masalah disiplin di kalangan guru
sekolah. Sebanyak enam  jenis program pembangunan sahsiah  guru dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang tahun 2011.
Program-program tersebut adalah seperti berikut:
a. Kursus Peningkatan Kualiti Kepimpinan, Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Guru.
b. Pemantapan Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Guru.
c. Kursus Semangat Patriotisme Guru.
e. Ceramah Peningkatan Konsep Kendiri dan Jati Diri Guru.
g. Ceramah Program Pencegahan Salah Laku Berat Guru yang terdiri dari   
     salah laku, iaitu pergaduhan,, gengsterisme, ponteng mengajar dan merokok.
h. Jawatankuasa pemantau di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri

Oleh demikian dapat kah kita menyalahkan sistem pendidikan kita ke atas
kemerosotan disiplin guru  masa kini atau ada faktor – faktor lain yang 
menyumbang kepada masalah disiplin di kalangan guru sekolah rendah.
Sehubungan dengan itu semua pihak terutama para guru besar dan guru harus
menggembleng tenaga untuk memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia
tidak terus menular.

1.2       Latar Belakang Guru Yang Bermasalah
                                                                                               
1.      Nama               :           Awang Salleh B Awang Busu
2.      Status              :           Bujang
3.      Pendidikan      :           Sijil Pelajaran Malaysia
4.      Keluarga          :           Anak bongsu dari sepuluh adik beradik
5.      Alamat                        :           Kampung Bentong, Sarikei, Sarawak.


1.2.1    Latar Belakang Kerjaya

1.      Nama Sekolah                                     :           Sekolah Kebangsaan Kuala Kencana , Balingian,Mukah ,                                          Sarawak.
2.      Tempoh Bekerja                                  :           5 Tahun
3.      Jawatan                                               :           Guru Bahasa Inggeris
4.      Alamat                                                            :           Quaters guru SK Kuala Kencana
5.      Pengankutan ke sekolah                      :           Jalan Kaki.

Cikgu Awang Saleh mula mengajar di SK Kencana  pada tahun 2000, Sekolah ini terletak di pedalaman Sarawak. Pengankutan ke sekolah menaiki Kapal Terbang Twinoter dari Sarikei ke Bandar Mukah – dari Mukah ke Pekan Balingian menaiki Van ( 56 km ) jalan tidak bertar dari pekan Balingian ke SK Kencana menaiki Bot selama 4 jam. Di sekolah Kencana mempunyai kemudahan asas yang amat sedikit, elekterik  tidak ada, kemudahan telefon tidak ada terdapat di sekolah ini, hanya mengharapkan generator yang di pasang pada waktu malam mulai jam 7.00 malam – 11.00 malam. Cikgu Awang mengalami tekanan emosi yang amat sangat bila mendapat surat penempatan di sekolah pedalamn ini.

 Cikgu Awang Saleh juga menghadapi beberapa masalah tingkah laku ;
1.      Sering ponteng mengajar, apabila balik kampungnya di Sarikei sebulan sekali.Peratus kehadirannya di sekolah sangat mendukacitakan. Dalam sebulan 5 – 7 hari cg Awang ponteng mengajar dan kerap mengambil cuti sakit serta kerap mengambil cuti rehat tanpa sebab yang munasabah.
2.      Mempunyai sifat panas baran dengan sering memukul murid yang malas membuat kerja sekolah, adakala melibatkan ibu bapa menyerang beliau di sekolah.
3.      Tidak membuat rancangan tahunan dalam buku catatan harian mengajar.
4.      Seringkali ponteng dari menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah.
5.      Berpakaian tidak kemas ketika hadir ke sekolah.
6.      Kerap lambat masuk ke kelas dan tidak menyemak buku latihan murid.

1.3       Pernyataan Masalah  

Kajian ini adalah merupakan satu kajian  untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan  faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin pada diri Cikgu Awang Saleh yang sedang mengajar di  sekolah kebangsaan Kencana di sekitar Daerah Balingian, Mukah. Faktor – faktor yang dikenal pasti untuk dibuat kajian ialah pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh sikap guru tersebut, pengaruh guru besar dan pengaruh peraturan dan etika guru terhadap masalah disiplin . Pengkaji ingin memastikan faktor yang manakah yang dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap berlakunya masalah disiplin pada diri cikgu Awang.

Cikgu Awang telah melanggar Etika Perguruan dan Standart Guru;

1.      Cikgu Awang sering ponteng mengajar di sekolah, tanpa kebenaran dan kerap mengambil cuti sakit dan kerap mengambil cuti rehat tanpa sebab yang munasabah.
            Dengan ini cikgu Awang telah melanggar Peraturan 4(2) Tatakelakuan/ Larangan ;
a-      Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
b-      Mengemukakan sijil sakit palsu.
c-      Mengambil curi rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.

2.      Cikgu Awang mempunyai sifat panas baran dan suka mendera murid.Cikgu Awang tidak sepatutnya memukul murid ini kerana kuasa untuk menghukum murid adalah hak Guru Besar sahaja. Dengan ini cikgu Awang telah melanggar Peraturan 4(2) Tatakelakuan/ Larangan ;.Pada bab Ingkar Perintah seperti membantah atau melawan pegawai atasan.

3.      Cikgu Awang tidak membuat rancangan tahunan dalam buku rancangan mengajar. Dengan ini cikgu Awang telah melanggar tanggungjawab asas guru dalam akta P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) ; menyediakan rancangan tahunan berdasarkan sukatan pelajaran dan rancangan tahunan terkini yang sedang digunapakai.Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM500.00.


4.      Cg Awang sering ponteng aktiviti kokurikulum sekolah, Dengan ini cikgu Awang melanggar arahan Penolong Kanan Kokurikulum supaya hadir pada waktu petang membimbing murid dalam aktiviti kokurikulum . Dengan ini cikgu Awang telah melanggar Peraturan 4(2) Tatakelakuan/ Larangan ;.Pada bab Ingkar Perintah seperti membantah atau melawan pegawai atasan.

5.      Cikgu Awang memakai pakaian tidak kemas ke sekolah, Dengan ini beliau melanggar etika pakaian mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985:
I-                   Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/ Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian,  Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran.
II-                Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985- Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadiri Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-pegawai Awam.

6.      Cikgu Awang kerap lewat hadir ke kelas dan tidak semak buku latihan murid. Dengan ini Cg Awang telah melanggar etika pengurusan masa ;SPI.Bil 2/1982;
i-                    Waktu hadir ke sekolah .
ii-                  Waktu hadir ke kelas.
iii-                Semak buku latihan murid.

1.4       Objektif Kajian

Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah disiplin pada diri cg Awang di
sekolah kebangsaan Kencana. Oleh yang demikian tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mencapai beberapa objektif. 

Di antara objektif yang hendak dicapai adalah untuk
a. mengenal pasti  pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin di
pada diri cikgu Awang.
b. mengenal pasti  pengaruh rakan guru terhadap berlakunya masalah disiplin
cg Awang.
c. mengetahui pengaruh rakan di kawasan kampung Kencana terhadap  masalah disiplin cg Awang. 

d. mengetahui pengaruh sikap cikgu Awang kepada murid di sekolah Kencana.
e. mengenal pasti pengaruh peraturan dan etika perguruan terhadap masalah
disiplin yang dihadapi cg Awang.                                                                 

1.5       Persoalan Kajian

a. Apakah  ibu bapa mempengaruhi berlakunya masalah disiplin cikgu Awang sejak beliau mengajar di  sekolah kebangsaan Kencana ?
b. Apakah rakan guru mempengaruhi berlakunya masalah disiplin cikgu Awang ?
c. Apakah sikap guru besar mempengaruhi berlakunya masalah disiplin cikgu Awang semasa di sekolah kebangsaan Kencana ?
d. Apakah sikap cikgu Awang  mempengaruhi berlakunya masalah disiplin  di
kalangan  pelajar sekolah kebangsaan Kencana ?
e. Apakah peraturan sekolah dan etika perguruan mempengaruhi berlakunya masalah disiplin     pada diri cikgu Awang ?
f.  Apakah pengaruh rakan di kawasan kampung Kencana terhadap  masalah disiplin cg Awang ?

1.6  Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk mengetahui faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi
berlakunya masalah disiplin cg Awang di  sekolah kebangsaan Kencana di  Daerah
Balingian. Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini akan dapat :-

1.6.1    Pihak sekolah
Membantu pihak sekolah mengenal pasti  faktor-faktor sebenar yang
menyebabkan masalah disiplin di kalangan guru sekolah terutamanya guru yang bermasalah di sekolah kebangsaan Kencana. Ini membantu Guru Besar,Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hem dan para guru untuk merangka, merancang dan melaksanakan tindakan untuk memperbaiki disiplin guru yang bermasalah.

1.6.2    Jabatan Pendidikan Negeri  dan Pejabat Pelajaran Daerah

Menyediakan gambaran maklumat dan bukti kajian serta membantu pihak,
Jabatan Pelajaran Bahagian  Mukah , Pejabat Pelajaran Daerah Balingian merancang dan
mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani masalah disiplin di kalangan
guru di  sekolah rendah di sekitar Daerah Balingian seperti membuat garisan panduan
serta mengkaji semula peraturan yang sedia ada tentang masalah-masalah disiplin di kalangan guru, terutamanya guru di pedalaman.

1.7       Teori Yang Digunakan Untuk Menyelesaikan Masalah
    

1.7.1    Pendekatan Humanistik
Abraham Maslow dan Carl Rogers merupakan dua orang pakar dalam Teori Humanistik. Teori ini mementingkan kesediaan moral dan potensi pelajar. Di samping itu, Teori Humanistik ini juga memfokuskan kepada perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan individu, keunikan diri sendiri bagi seseorang individu dan juga kepentingan kemanusiaan terhadap individu. 
 Dalam Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang telah dibuat ialah manusia mempunyai keperluan dan keperluan asas. Sekiranya keperluan dan keperluan asas dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat memotivasikan individu sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai tahap kesempurnaan diri. Ini disokong oleh hierarki keperluan mengikut Maslow (1984) yang menyatakan bahawa jika keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh individu maka jiwa seseorang tersebut akan terganggu dan tidak tenteram. 
 Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai. Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya keperluan sempurna kendiri. Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain. Rogers berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang akan memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini lebih memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Contohnya, Cikgu Awang seorang guru yang  tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya dan sentiasa tidak cukup duit kerana mempunyai adik beradik yang ramai, telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya pada waktu kecil.
Disamping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga, hubungan sosial dan kecerdasan yang rendah seperti yang telah dibincangkan di atas, faktor kemiskinan juga menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek kemiskinan adalah rumah yang sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga ramai dan sumber kewangan atau sumber perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi.
Melalui pendekatan humanistik, Cikgu Awang yang malas masuk ke kelas perlu diberi perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru Besar seharusnya sanggup turut sama  bergaul dengan mesra dan melayan cikgu Awang  sebagai individu dengan penuh kesabaran. Rakan-rakan  guru bersama  mengajar di sekolah jangan cepat menghukum cg Awang kerana tingkah lakunya yang malas masuk ke kelas, para rakan guru seharusnya memberi semangat dan motivasi kepada cg Awang bukannya mematikan semangat dan motivasi cg Awang untuk mengajar murid-murid. Ini akan menyebabkan cg Awang  tidak berkeupayaan atau tidak ada motivasi untuk mengajar walaupun cg Awang ada kebolehan untuk mengajar mata pelajaran english yang penting bagi murid SK Kencahana mempelajarinya. Dengan ini cg Awang memerlukan  nasihat secara individu oleh guru besar . Jadual waktu pengajaran bagi cg Awang perlu disusun agar cg Awang dapat mengajar dalam keadaan tidak ada tekanan dan  mempunyai hasrat untuk belajar, berkembang, meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan perkembangan secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan keluarga dan masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik . Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian pengajaran guru akan menjadi lebih baik berbanding dengan cara  pengajaran tradisional. Ini berlaku kerana dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara ini menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan guru tersebut.

1.7.2    Kesimpulan
Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang digunakan adalah pendekatan pendekatan humanistik . Pendekatan ini mempunyai  kekuatan tersendiri. Keperluan-keperluan asas dalam diri individu perlu dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa kasih sayang dan hormat menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi perkembangan tingkah lakunya.
Pendekatan psikologi Humanistik yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan  dalam membantu cg Awang  yang bermasalah  dalam penulisan ini. Cg Awang yang  mundur mempunyai masalah yang khusus tetapi mempunyai keperluan asas yang sama seperti manusia normal  yang lain. Kemunduran sikap  dan  mental cg Awangadalah hasil dari berbagai faktor;  keadaan sosio ekonomi dan persekitaran di mana ia dibesarkan. Adalah penting masalah ini dikenalpasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru besar dan guru-guru adalah perlu dalam membimbing cg Awang yang mempunyai masalah tingkah laku. Tugas utama Guru Besar dalam hal ini adalah mengkoordinasikan cg Awang mengenalpasti, memberi pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil langkah-langkah perlu menggunakan pendekatan-pendekatan yang disarankan oleh ahli-ahli psikologi.

1.8       Pelan Tindakan Untuk  Membentuk Sikap dan Sahsiah
MASALAH

TINDAKAN
OBJEKTIF
STRATEGI
SASARAN
CATATAN
1.Sering ponteng mengajar kerap mengambil cuti sakit dan cuti rehat tanpa sebab yang munasabah.

-Guru Besar
-Memastikan cg Awang tidak ponteng mengajar
-Guru Besar memangil cg Awang untuk menasihati dengan cara yang baik.
-Cg Awang
-Cg Awang menurut nasihat Guru Besar
-Guru Besar membekukan cuti rehat dan tidak menerima lagi cuti sakit cg Awang
2. Mempunyai sifat panas baran
-Guru Agama
-Mengurangkan sifat panas baran
- mengajak cg Awang menghadiri kuliah dan solat berjamaah di Masjid Kencana
-Cg Awang
-Sifat panas baran Cg Awang sudah berkurangan sebanyak 70%.
3.Tidak membuat rancangan tahunan dalam buku catatan harian mengajar.

-Penolong Kanan Pentadbiran
-Memastikan Cg Awang membuat rancangan tahunan pengajaran bahasa inggeris
-membuat rancangan tahunan pengajaran bahasa inggeris dalam unit panitia bahasa inggeris
-cg Awang
-guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris
-rancangan tahunan berjaya disiapkan dengan sempurna oleh panitia bahasa inggeris.
4.Seringkali ponteng dari menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah
-Penolong Kanan Kokurikulum
-Memastikan cg Awang tidak ponteng aktiviti kokurikulum sekolah
-memberi jawatan jurulatih bola sepak sekolah.
-cg Awang
-Cg Awang memberi komitmen yang cemerlang dalam melatih bola sepak sekolah sehingga dapat mewakili daerah Balingian.
5. Berpakaian tidak kemas ketika hadir ke sekolah.

-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
-Memastikan cg Awang berpakaian kemas ke sekolah
-Menasihati dan mengajak cg Awang ke Bandar Mukah untuk membeli pakaian yang sesuai dengan cara yang baik.
-Cg Awang
-Cg Awang mula berpakaian kemas ke sekolah
6.Kerap lambat masuk ke kelas dan tidak menyemak buku latihan murid
-Guru Kaunseling
-Memastikan cg Awang tidak lambat masuk ke kelas dan menyemak buku latihan murid
- Memberi kaunseling kepada cg Awang
-Cg Awang
-Cg Awang mula berubah sikap bila menghadiri 2 sesi kaunseling yang dikelolakan oleh Cg Cik Fatimah Bt Busu


1.9        Skop dan Batasan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang harus dititikberatkan iaitu kajian ini hanya dilaksanakan pada seorang guru di sekolah kebangsaan Kencana, guru ini  mempunyai masalah-masalah  disiplin yang kronik.
1.10                Rumusan
Di dalam bab ini menerangkan pengenalan tentang masalah yang hendak dikaji ,objektif kajian, persoalan yang hendak ditimbulkan, kepentingan kajian ini kepada pihak-pihak yang terlibat dan juga batasan yang hendak dikaji.Pada keseluruhannya kajian tindakan ini berjaya mengubah sahsiah Cg Awang Saleh dari mempunyai sahsiah yang tidak baik berubah menjadi lebih baik.Semoga kajian ini dapat menjadi iktibar dan pedoman kepada para guru di Malaysia yang tercinta ini.


Biografi
Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
E. Thorndike.Connectionism Atas talian http://tip.psychology.org/thorn.html 1 Ogos 2005.
Edward L. Thorndike (1910), The Contribution Of Psychology To Education, Columbia University. Atas talian http://psychclassics.yorku.ca/Thorndike/
            education.htm 1 Ogos 2005.
George Boeree C.The History of Psychology, Pennsylvania; Shippensburg University.  Atas talian http://www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html 1 Ogos 2005.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.
Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.
Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine  Atas talian http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.
            html 1 Ogos 2005.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suradi Salim (1996), Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd.




           






No comments:

Post a Comment