Sunday 30 September 2012

Mari Menjawab Soalan Agama


Soalan Agama Islam Mengikut Aras Bloom1.  Aras Pengetahuan1. Apakah erti kaum muhajirin  ?
        a)   Orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah.
        b)  Orang tempatan di Madinah.
        c)  Kaum kafir Quraisy Mekah.
        d)  Kaum Yahudi di Mekah.


2. Siapakah sahabat yang tidur di tempat rasulullah s.a.w ?
    a-     Syaidina Hamzah bin Abd Muttalib.      b-      Syaidina Umar Al-Khatab.
    c-     Syaidina Bilal bin Rabah.                               d-      Syaidina Ali bin Abi Talib.


3. Di manakah Rasulullah bersembunyi ?
    a- di gua Hirak.                   b- di gua Tsur.
    c- di gua Niah.                     d- di gua Kelam.
                                                        
   2.  Aras Pemahaman1. Kaum Muhajirin Mekah berhijrah ke Madinah kerana …..
         a) Diperintah oleh Allah supaya berhijrah.
         b) Ditindas oleh kaum Quraisy Mekah.
         c)  Diseksa oleh kaum Quraisy Mekah.
         d) Takut dibunuh oleh orang kafir Quraisy.

Wednesday 26 September 2012

Panduan Untuk Kita Bersolat 5 Waktu....

Berwudhu
Berwudhu
Cara atau jalan untuk membina mental dan rohani sungguh banyak sekali. Jalan yang pasti ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengekalkannya yang disebut sebagai ibadah. Salah satu mata rantai ibadah itu adalah Wudhu'.

Alat Yang Dipakai
Alat yang dipakai ialah air. Meskipun demikian, air yang digunakan untuk berwudhu' adalah air yang suci lagi menyucikan (pengertiannya?), iaitu: Air hujan,  Air Sungai, Air Laut, Air dari mata Air, Air Telaga, Air Salji , Air Embun.

Cara-caranya
Berniat dalam hati bahawa berwudhu' untuk..., lalu:
  • Membasuh muka dengan air (cukup sekali asalkan merata ke seluruh muka)
  • Basuhlan tangan hingga sampai dengan kedua siku (cukup sekali asal merata).
  • Sapulah sebahagian kepala, cukup sekali saja
  • Basuhlan kaki hingga sampai dengan kedua mata kaki (cukup sekali asal merata).


Jom Baca Al-Quran.....Agar Bertambah Kuat Iman Kita

http://www.tvquran.com/