Model Assure
Penggunaan multimedia secara
interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang
meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio, video dan grafik
yang menarik menjadikan courseware guru
lebih menarik dan sangat sesuai
digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau
media yang dihasilkan ini sesuai dengan
kehendak pelajar? Adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuai dengan iklim
bilik darjah pada masa tersebut? Kesemua
persoalan ini amat berkait rapat dengan model-model “rekabentuk instruksional” yang semakin
tersebar. Tidak kira bidang pendidikan maupun sektor awam yang lain seperti
bidang ketenteraan, courseware yang
dihasilkan berasaskan model-model reka
bentuk instruksional amat penting dalam
proses penyampaian maklumat .Model Assure
sangat penting untuk melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru
digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (
alat dan bahan bantu mengajar ) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran.Sistematik bermaksud tiap-yiap langkah dalam
model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah
berikutnya. Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell dan Smaldino (1982.1989,1996 ).Model
ini boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi
dalam instruksi. Assure juga bermaksud "
memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.
- Analyse
Learners (Analisis Pelajar)
- State
Objectives ( Nyatakan objektif/hasil
pembelajaran)
- Select
methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan
bahan sumber)
- Utilize
media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
- Require
learner participation (Libatkan pelajar dalam
pembelajaran)
- Evaluate
and revise (Nilai dan semak semula)
1.1 Courseware
Sejajar dengan perkembangan teknologi,
bahan-bahan pengajaran multimedia turut dihasilkan dalam pelbagai bentuk.
Paparan dalam bentuk imej, animasi bergambar dan tulisan yang ditambahkan audio
beserta video –video yang menarik
melalui CD, DVD dan laman web telah membuka lembaran baru kepada dunia
pendidikan hari ini khasnya kepada guru dan pelajar. Pembangunan “courseware” yang interaktif seperti video
boleh dilihat menerusi kajian Nicholson
(1996) menerusi jurnalnya yang
bertajuk Managing the Development and 3
Production of Interactive Multimedia Courseware in Education. Menurut
beliau, pembangunan sesuatu
courseware harus mengambilkira ciri-ciri
seperti yang terdapat di dalam model rekabentuk instruksional yang ada sekarang.
2.0 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Seorang guru yang ingin mengajar menggunakan model Assure hendaklah mencipta bentuk pengajaran bilik darjah , dengan ini melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.Model ASSURE dapat membantu guru merancangkan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangkan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

3.0 Langkah-langkah pengajaran Assure
Guru boleh menggambil 6 langkah ini
bagi menjayakan pengajaran dan
pembelajaran mereka iaitu :
3.1
Menganalisis Pelajar (Analyze Learners)
Ciri pertama bagi model ini adalah
menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibangunkan guru
harus mengenalpasti pelajar sama ada
dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan
dengan pelajar yang pasif maka guru harus membangunkan courseware yang sesuai supaya pembelajaran
pelajar tidak membosankan.
Aras
pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan
sedia ada juga perlu diambilkira supaya courseware yang dibangunkan mencapai
sasaran guru. Contohnya sekiranya guru ingin membangunkan courseware bagi topik iklim empat musim dalam subjek
geografi, guru perlu mengenalpasti latar belakang pelajar sama ada pernah mengalami 4 musim tersebutatau tidak.
Sekiranya pelajar tidak pernah melalui suasana musim sejuk misalnya, guru perlu
memikirkan suatu alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada pelajar tanpa
perlu berada di kawasan empat musim. Maka sudah pastilah tayangan video
merupakan pilihan yang tepat untuk topik
iklim.Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat
penting kerana melalui maklumat awal dan
latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan
benar-benar sesuai dengan latar belakang pelajar. Courseware yang baik mampu
mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan
mudah. Smaldino et. al (2005) turut
menyokong bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh menyampaikan
maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat itu, saya sangat pasti bahawa courseware tersebut
mampu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok di dalam
bilik darjah.
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting
ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka.
Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
3.1.1 Ciri-ciri umum
pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.
3.1.2 Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.
3.1.3 Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

4.0 Nyatakan
Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.
Apakah yang hendak dicapai? Apakah bentuk perlakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.

Contoh perkataan sesuai digunakan seperti melakar ,membaca , menjawab melukis , menilai , melabel dan menjelas.
Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.
Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
- melabel
nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia
sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
- Menamakan
secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai
sultan.
5.0 Pemilihan
Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:
- Membuat
keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
- Memilih
format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
- Memilih,
mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich
et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut
perlu ditanya.
- Adakah
bahan ini menepati kurikulum?
- Adakah
isi pelajaran menepati kurikulum?
- Adakah
laras bahasanya jelas?
- Adakah
bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
- Adakah
bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
- Adakah
bahan ini berkualiti?
- Adakah
bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
- Adakah
bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
- Adakah
ada panduan pengguna?
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
6.0 Gunakan Media dan Bahan Sumber
Guru boleh menggunakan media dalam
pengajaran di dalam kelas, Dengan menggunakan teknik ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan
media iaitu “preview’ media, memastikan
media yang akan digunakan tidak bermasalah,
mengenalpasti lokasi, pelajar dan media
yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar.Jika
dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat penting untuk dilaksanakan oleh
guru.
Berdasarkan
kajian Adelina & Rafiza (2006) dari Universiti Malaya yang menggunakan
prinsip asas berdasarkan model ASSURE ini, didapati selepas pelajar menggunakan
CD pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris, 60% pelajar telah bersetuju bahawa bahan
tersebut membantu pelajar menguasai kemahiran
berbahasa Inggeris. Jika
diteliti, penggunaan media yang
mengambikira 5 prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambilkira kos dan
waktu pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak
semestinya dapat disesuaikan dengan
waktu pengajaran terutamanya bagi subjek geografi yang diperuntukkan waktu yang
terhad iaitu 3 kali seminggu.
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi
memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut
perlu dilakukan oleh guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar. objektif pengajaran dan pembelajaran.

Guru hendaklah menyediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas dan
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran serta menyediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar, supaya
pelajar dapat belajar dengan selesa dan mudah menerima pelajaran.
7.0 Tindak
balas pelajar
Salah satu daripada aliran falsafah
pendidikan yang diperkenalkan oleh John
Dewey pada awal era 1900 ialah
pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan
pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan
projek. Apakah rasionalnya pembelajaran berpusatkan pelajar ini? Ringkasnya,pembelajaran berpusatkan pelajar
mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara
“hands-on” seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih timah di atas peta
pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar.
Dari
situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta
Malaysia berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan
tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. “Courseware” yang tidak melibatkan
aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak
efektif. Saya amat bersetuju dengan Smaldino et. Al. 2005 yang mengatakan bahawa pembelajaran yang
efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah
mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan “courseware” yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara
aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan
pelajar. Justeru itu, “courseware” yang
dibangunkan berasaskan model ASSURE yang
mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
8.0 Libatkan
pelajar dalam pembelajaran
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid , gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

8.1 Nilai dan Semak Semula
Penilaian “courseware” boleh dilakukan setelah selesai pengajaran. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan “courseware” secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat bebrapa aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh
Yusup
(2006):
a.
Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b.
Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu prose pengajaran dan
pembelajaran?
c.
Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul?
d.
Adakah suasana pembelajaran selesa?
e.
Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
f. Adakah Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?
Proses
menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan “courseware”
dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan “courseware” akan terus dilakukan
sehingga media itu benar-benar sesuai dengan
pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian boleh dilakukan sama ada
penilaian formatif atau penilaian sumatif. Bagi saya menilai dan
menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat
mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan
itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya
langkah ini menyentuh dua aspek penilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian
pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai
dengan keupayaan pelajar.Evaluate
materials (menilai)
9.0 PENUTUP
Model ASSURE mempunyai asas yang
sangat kukuh untuk membangunkan
“courseware’ pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan
kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung
dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE
ini diaplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan “courseware” pengajaran dan pembelajaran,
saya sangat yakin bahawa pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu pengajaran guru
pada hari tersebut. Bagi pihak guru pula,
proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan
berkesan.
Oleh sebab itu, media pendidikan dan media
pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen
tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat
pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik,
fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi
kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua
perkara tersebut mengikut kebolehan
murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya
hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.
Bibliografi
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1994.
Othman Jantan.
Peranan dan Cabaran Pusat Sumber
Sekolah di Alaf Baru.
Johor : PSPN. 1999.
Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan
dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997
Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong.,
Mohamad Bilal Ali.,Jamalludin Harun.,
& Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming”Using an Interactive multimedia Courseware: Design Factors and
Students’Preferences. Diperolehi pada 2
Januari 2011, sumber dari
http://eprints.utm.my/8165/1/8165.pdf
Molenda, M.,
Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf.
Nicholson, A. Y. W. (1996). Managing the Development and Production of
InteractiveMultimedia Courseware in Education. Diperolehi pada 1 Januari 2011, sumber dari http://www .ascilite .org. au
/ajet /ajet12 /nicholson.html
Smaldino S.
E, Russel J. D, Heinich R & Molenda M. (5thed). (2005).
InstructionalTechnology and Media for Learning. New Jersey. Pearson Prentice
Hall.
Yusup Hashim.
(2006). Penggunaan Teknologi Instruksional Dalam Kurikulum dan
Instruksi.Diperolehi pada 8 Januari
2011, sumber dari http://yusuphashim. blogspot. com/
2006/12/12/penggunaan-teknologi-instruksoinal.html