Sunday 30 September 2012

Mari Menjawab Soalan Agama


Soalan Agama Islam Mengikut Aras Bloom1.  Aras Pengetahuan1. Apakah erti kaum muhajirin  ?
        a)   Orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah.
        b)  Orang tempatan di Madinah.
        c)  Kaum kafir Quraisy Mekah.
        d)  Kaum Yahudi di Mekah.


2. Siapakah sahabat yang tidur di tempat rasulullah s.a.w ?
    a-     Syaidina Hamzah bin Abd Muttalib.      b-      Syaidina Umar Al-Khatab.
    c-     Syaidina Bilal bin Rabah.                               d-      Syaidina Ali bin Abi Talib.


3. Di manakah Rasulullah bersembunyi ?
    a- di gua Hirak.                   b- di gua Tsur.
    c- di gua Niah.                     d- di gua Kelam.
                                                        
   2.  Aras Pemahaman1. Kaum Muhajirin Mekah berhijrah ke Madinah kerana …..
         a) Diperintah oleh Allah supaya berhijrah.
         b) Ditindas oleh kaum Quraisy Mekah.
         c)  Diseksa oleh kaum Quraisy Mekah.
         d) Takut dibunuh oleh orang kafir Quraisy.


2. Rasulullah s.a.w menghadapi kesukaran  semasa berhijrah ke Madinah.
    Antara berikut yang manakah tidak benar tentang hijrah rasulullah s.a.w ?
    a- Rasulullah berhijrah kerana ingin berkahwin dengan perempuan Madinah.
    b- Rasulullah berhijrah kerana ramai kaum muslimin di siksa oleh orang kafir Quraisy.
    c- Rasulullah mendapat perintah Allah supaya berhijrah.
    d- Rasulullah berhijrah dengan ditemani oleh Abu Bakar As-Sidik.

3. Orang kafir Quraisy telah gagal menangkap Rasulullah, semasa Rasulullah keluar untuk 

     berhijrah kerana ……….

  a-         mendapat pertolongan dari kaum badwi.
  b-         mendapat pertolongan dari bangsa jin.
  c-         mendapat pertolongan dari Allah Taala.
  d.         mendapat pertolongan dari kaum ansor.


3.  Aras Aplikasi


1. Orang musyrikin Quraisy gagal untuk mengahalang nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke  Madinah ,Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat tentang kegagalan musyrikin Quraisy

a) Orang musyrikin Quraisy tidak merancang dengan betul untuk menyekat nabi dari berhijrah ke Madinah.

 b)  Pertolongan Allah kepada nabi menutup rancangan jahat musyrikin Quraisy.

 c) orang Quraisy tiada tentera yang handal.

 d)  Orang Quraisy tiada semangat yang jitu dan kuat.


2. Masjid Qubak adalah masjid pertama yang di bina selepas nabi berhijrah ke Madinah. Yang manakah berikut menerangkan dengan tepat, tempat di mana masjid Qubak telah dibina ?
   a- Masjid Qubak telah di bina kira-kira tiga kilometer dari masjid nabawi.
   b- Masjid Qubak telah di bina kira-kira empat  kilometer dari masjid nabawi.
   c- Masjid Qubak telah di bina kira-kira lima  kilometer dari masjid nabawi.
   d- Masjid Qubak telah di bina kira-kira enam kilometer dari masjid nabawi


3. Masjid mempunyai fungsi yang pelbagai bagi umat Islam. Berikut ialah fungsi-fungsi masjid kecuali
    a.         masjid sebagai pusat ibadat .
    b.         masjid sebagai pusat pendidikan.
    c.         masjid sebagai pusat sumber.
    d.         masjid sebagai pusat perniagaan makanan.

4.  Aras Analisis
Abu Lahab
Mengusir nabi
Abu Sufian
Mengepung Nabi
Abu Jahal
Menangkap Nabi

1.     Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?
               a)  Perjuangan kurang tersusun.
               b)  Perjuangan atas kepentingan peribadi.
               c)  Perjuangan mendapat tentangan kaum Quraisy.
               d)   Perjuangan bersifat setempat.


Iktibar daripada pembinaan masjid
-       Melahirkan individu yang berilmu dan beramal.
-       Membina semangat kerjasama dan perpaduan.
-       Memupuk minat dalam seni bina islam

2.    Maklumat di atas merujuk kepada iktibar daripada pembinaan masjid. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada maklumat di atas ?
A menekankan pelajaran agama islam semata-mata.
B menggunakan teknologi komputer untuk membina masjid.
C merujuk kepada al-quran dan hadis untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat.
D menggunakan teori yahudi untuk penyatuan dalam umat Islam.


Bilal bin Rabah
Bilal yang pertama dalam umat islam
Rasulullah s.a.w
Nabi yang di sanjung Umat Manusia
Abu Bakar As-Sidiq
Khalifah Pertama di negara Madinah

3.    Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kejayaan ?
A  perjuangan kurang tersusun.
          B  perjuangan atas kepentingan peribadi.
         C  perjuangan dengan niat hanya kerana Allah Taala.
         D  perjuangan hanya untuk mempertahankan negara.


5.Aras Sintesis
Nabi Muhammad s.a.w
Abu Bakar Assidiq
Ali bin Abu Talib

1.      Tokoh di atas menunjukkan orang islam yang terlibat dalam hijrah ke Madinah.
           Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan orang-orang di
            atas ?
               a)  Mereka mempunyai semangat dan iman yang kuat.
               b)  Mereka sangat bijak mengatur strategi untuk berhijrah ke Madinah.
               c)Mereka merupakan sahabat yang baik,
              d) Mereka orang yang pertama berhijrah ke Madinah.


kaum Aus

kaum Khazraj
kaum Yahudi


2.    Kaum  di atas menunjukkan penduduk yang ada di Madinah semasa nabi berhijrah ke Madinah.
            Yang manakah berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan golongan-
             golongan di atas ?
            A mereka tinggal di kawasan yang berlainan.
            B mereka mempunyai bahasa yang berbeza.
            C mereka sering bermusuh di antara satu sama lain.
            D mereka bersatu padu memajukan negara Madinah.


Imam
Bilal
Tok siak
Makmum

3.    Rajah di atas  menunjukkan tujuan ahli jawatankuasa sesebuah masjid .
Yang manakah yang berikut mempunyai kaitan yang paling tepat dengan golongan-
golongan di atas ?
        A          mereka yang mengurus pentadbiran masjid.
        B          mereka yang membina masjid.
        C         mereka yang memberi ceramah di masjid.
        D         mereka yang menjaga kebersihan masjid.


6.   Aras Penilaian1.         Ketika berhijrah ke Madinah, Syaidina Abu Bakar Assidiq berjalan di hadapan nabi .
           Abu Bakar Assidiq memilih berjalan di hadapan nabi Muhammad s.a.w kerana
              A- Beliau seorang yang gagah berani.
              B- Beliau mahir dengan selok belok jalan.
              C- Beliau mesti melindungi nabi Muhammad s.a.w daripada bahaya.
              D- Beliau seorang yang pandai menggenderai unta.


2.         Nabi Muhammad s.a.w melalui jalan yang jarang dilalui orang dan berbahaya
semasa berhijrah ke Madinah.
Rasulullah s.a.w memilih jalan berkenaan kerana
A beliau mahir dengan selok belok jalan .
B beliau seorang yang gagah berani.
C beliau seorang yang bijak dalam strategi mengelirukan musuh.
D beliau seorang yang bijaksana.


3 .Rasulullah s.a.w telah membina masjid Nabawi  di tengah-tengah kota Madinah.
    Rasulullah memilih membina masjid di tengah kota Madinah kerana
    A beliau mengikut wahyu diturunkan Allah .
    B beliau mengetahui cara membina masjid dengan cepat.
    C  beliau mahir dengan tempat yang strategik untuk membina masjid.
    D beliau mempunyai  wang yang banyak .


No comments:

Post a Comment