Sunday, 1 February 2015

Pondok Sg Durian


                                         SEMESTER  6  PPG PJJ   SESI 2014/2015
HIT 3023 : SEJARAH PERKEMBANGAN PENGAJIAN ISLAM
TAJUK:
TUGASAN 1- INSTITUSI PONDOK SG DURIAN , KELANTAN
 




DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
MARZIHAN BIN MOHD ALI
D20112053477

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 01 (A141 PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR USTAZAH WAHIBAH BT TWAHIR

TARIKH SERAH: 19 NOVEMBER  2014


ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
PENGENALAN

3 - 4
2.0
LATAR BELAKANG INSTITUSI PONDOK SUNGAI DURIAN

4 -10
3.0
 PERKEMBANGAN PONDOK SUNGAI DURIAN


10 - 16
4.0
KESIMPULAN

                      16 
5.0
SENARAI TEMUBUAL


17
6.0
 BIBLIOGRAFI

18
7.0
 LAMPIRAN

18-20











1.0  PENGENALAN
Peranan Institusi pendidikan kepada masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w  berpusat di masjid, masjid adalah rumah Allah yang suci, yang mempunyai taraf dan kedudukan paling istimewa di sisi Allah S.W.T. dan Rasul-Nya. Masjid sebagai pusat ibadat, pusat pengembangan ilmu dan penyebaran dakwah Islamiah, di samping menjadi pusat kebajikan dan perpaduan umat Islam setempat.
Masjid adalah tempat ibadah kaum muslimin yang memiliki peranan yang sangat  strategik untuk kemajuan peradaban umat Islam. Sejarah telah membuktikan multi fungsi peranan masjid di dalam masyarakat Islam. Masjid bukan saja tempat solat, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan, pendidikan, ketenteraan dan fungsi-fungsi  sosial-ekonomi lainnya. Rasulullah SAW pun telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam memaksimakan multifungsi masjid Nabawi dalam membina dan mengurus seluruh kepentingan umat, baik di dalam bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya.

Islam sangat menggalakkan pembinaan masjid dan mengimarahkannya, Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda :
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ
yang bermaksud:
“Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari)
Allah telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya, ianya juga terkenal dengan nama “Baitul Allah”.
Dalam hal ini baginda Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا
“Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya”. (Riwayat Muslim)
Di dalam hadith yang lain, dalam memperlihatkan kelebihan masjid Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda:
إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
“Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan”. (Hadis riwayat Tirmizi)

1.1 Fungsi Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W.
Baginda Rasulullah s.a.w  telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.
Kita boleh menyatakan bahawa fungsi masjid ketika itu amat besar dan ketara sekali. Ia melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui peranan dan fungsi masjid ini.
Dari fakta sejarah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa masjid di masa awal Islam telah menjadi sebagai
(1)        pusat ibadah
(2)        pusat pendidikan dan pengajaran,
(3)        pusat penyelesaian permasalahan umat dalam aspek hukum (peradilan)
(4)        pusat penjanaan ekonomi umat melalui Baitul Mal.
(5)        pusat informasi Islam,
(6)        Pernah menjadi sebagai pusat latihan tentera
Ringkasnya, pada zaman Rasulullah, masjid dijadikan sebagai pusat peradaban Islam, masjid juga diwujudkan sebagai sekolah bagi anak-anak  orang Islam  pada zaman Rasulullah s.a.w .Namun pada masa kini banyak sekolah dan pondok tradisional didirikan untuk memastikan masyarakat Islam mendapat ilmu agama dengan lebih mendalam dan mengamalkan dalam kehidupan mereka.

2.0 LATAR BELAKANG INSTITUSI PONDOK SUNGAI DURIAN
Institusi Pondok adalah merupakan institusi pengajian Islam yang merangkumi pendidikan dan tarbiah yang melahirkan manusia yang taat dan berilmu. Hakikat ini jelas kerana di pondok penekanannya bukan semata-mata belajar, tetapi serentak dengan penekanan dalam bentuk tarbiah, tunjukajar serta penekanan kepada riadah rohaniah yang dibina pada setiap pelajarnya.
Di Malaysia, khasnya di Kelantan yang terkenal dengan sistem pengajian pondok, sistem ini telah berjaya membangunkan pembangunan mental dan fizikal ummah, yang mana terbuktinya dengan lahirnya ramai ulama'-ulama' terkenal, pemimpin masyarakat, pendakwah-pendakwah yang bertaqwa dan ikhlas.
Nama Pondok Sungai Durian memang tidak dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan dan penyebaran ilmu di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan agama yang terulung dan tertua di Ulu Kelantan. Ianya telah mengeluarkan ulama’, cendikiawan, usahawan, penulis dan ahli politik yang matang dan berjaya.



2.1 SEJARAH AWAL PENUBUHAN PONDOK SUNGAI DURIAN
Pondok Sungai Durian (PSD) atau Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian lebih dikenali dengan sebutan Pondok Haji Deraman oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat setempat di Kuala Krai. Ianya merupakan pondok termaju di Ulu Kelantan. PSD adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.
PSD adalah satu-satunya pusat pengajian dan pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara tradisional dan moden. Kedua aliran adalah hasil cetusan pemikiran al-Marhum Tuan Guru, walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian pondok yang telah sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar disamping memaju dan memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan diteruskan oleh generasi kedua (anak-anak al-Marhum).
Sistem pondok (tradisional) merupakan sistem pengajian kitab-kitab silam terdiri daripada Ulama’ terkemuka, samada dalam bahasa jawi dan arab, manakala sistem sekolah (moden) pula mengabungkan antara sukatan PSD sendiri dan sukatan pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
Pondok ini telah ditubuhkan dengan rasminya pada 4 Jun 1958 Masihi bersamaan 10 Safar 1378 Hijrah oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman. Pendaftaran Pondok ini dibuat di bawah MAIK dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas MAIK).
Sebenarnya Pondok ini telah diasaskan di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai pada tahun 1957. Dibina dengan pertolongan dan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan dengan binaan daripada kayu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hasilnya pembinaan Pondok itu berjalan dengan lancer. 
Pada tahun 1958 pondok itu terpaksa dipindahkan dari Bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi bilangan pelajar semakin bertambah.
Dulu ianya telah dibina di atas sebidang tanah seluas 4 ekar yang terletak di Sungai Durian sejauh 3 kilometer dari bandar Kuala Krai atau 66 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal hanya mempunyai sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri daripada 2 bilik ruang pejabat dan satu bilik disediakan untuk ruang perpustakaan serta 8 bilik darjah dan kantin.
Tetapi kini PSD telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung keperluan pelajar-pelajar dan penghuninya. Kawasannya dulu hanya 4 ekar sahaja, kini telah bertambah keluasannya kepada 12 ekar. Hasil daripada pembelian dari jiran-jiran sekitar pondok.













2.2 TOKOH PENGASAS
 
ALMARHUM
TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN
(1923-1988)   
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman dilahirkan pada 20 Februari  1923, di Kuala Krai , Kelantan dan meninggal dunia pada 20 februari 1988.

Pada peringkat awal Tuan Guru belajar mengaji al-Qur'an dengan ayahnya sendiri. Pada tahun 1934 beliau belajar di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hingga tamat Darjah Empat. Dengan pencapaian akademik beliau yang cemerlang, beliau telah terpilih ke Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) STIC, Tanjung Malim, Perak untuk menjadi guru pelatih, tetapi tawaran itu tidak mendapat restu daripada ayahnya. Pada tanggal 5hb. Julai 1938, Tuan Guru telah dihantar oleh bapanya untuk belajar di Pondok Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang. Pondok ini ditadbirkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Jalal bin Abdul Raof dan dibantu oleh Haji Hussain bin Abdul Samad. Tuan Guru telah mempelajari dan mendalami disiplin ilmu nahu. Kitab nahu yang beliau pelajari ialah متن الآجرومية ,  متن القطر , متمة على متن الآجرومية , متن الألفية dan lain-lain lagi. Berkat kesungguhan dan kegigihan, Tuan Guru mampu menguasai pelajaran nahu dengan baik dan boleh berbahasa Arab. Beliau juga mempelajari kitab-kitab Fekah seperti Kitab  مطلع البدرين, سبيل المهتدى dan lain-lain lagi. Setelah belajar di Pondok Paloh Rawa, Tuan Guru meneruskan pengajiannya di Pondok Kerawang, Pulau Chondong. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Kadir selama enam bulan sahaja. Selepas itu Tuan Guru menyambungkan pengajiannya ke Pondok Kemuning, Machang. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Wan Yusuff bin Che' Tengah selama setahun, kemudian meneruskan pelajaran di Pondok But, Kadok, Kota Bharu. Di sana beliau menerima pendidikan agama dengan Tuan Guru Haji Mohd. Nor bin Abdullah. Pada tahun 1949 pula beliau menyambung pengajiannya di Pondok Manabi‘ul Ulum, di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di sana beliau menerima pendidikan dari seorang ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Othman bin Jalaludin. Selama dua tahun berada di Pondok Manabi`ul Ulum, Bukit Mertajam, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi di Mekah .
Pengajian Di Tanah Suci ( 1951-1957M) 
Pada tahun 1951M ketika Tuan Guru Haji Abdul Rahman berusia 27 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan belajar di Madrasah Dar a1-Ulum al-Diniyyah dan di Masjid al-Haram selama tujuh tahun. Di sana beliau mendalami berbagai bidang ilmu termasuk Syariah, Usuluddin, Tasawwuf, bahasa Arab dan Qira’ah al-Sab‘ah. Semasa belajar di Masjid al-Haram beliau sempat berguru dengan beberapa tokoh ulama terkemuka pada waktu itu. 

Guru-guru beliau  sewaktu belajar  di Makkah:          
·         Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani (akhirnya menjadi mertuanya). 
·         Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri al-Indunisi. 
·         Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili al-Indunisi. 
·         Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki. 
·         Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani. 
·         Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi. 
·         Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat. 
·         Sheikh Hassan al-Yamani. 
·         Sheikh ‘Alawi al-Maliki. 
·         Sheikh al-‘Arabi. 
·         dan lain-lain. Rahimahumullah. 


Aktiviti semasa belajar:
·         Seorang pelajar yang aktif berpersatuan, seperti pesatuan anak kelantan (Penjasa), Perasatuan anak melayu semalaya (permas). Aktif juga dalam bidang pidato serta debat. 

Kegiatan Ilmiah dan kemasyarakatan:         
·         Menubuh dan mengasas Pondok Sungai Durian pada 4 Jun 1958 
·         Ahli Jawatankuasa ‘Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 
·         Menghasilkan beberapa karya dalam bidang Nahu, Saraf, ‘Aqidah, Feqah dan lain-lain. 
·         Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum di seluruh pelusuk tanah air. 
Penghargaan: 
·         (1968) Dikurniakan Pingat Bakti (PB) oleh Sultan Yahya Petra 
·         (17 Jamadil Akhir 1422 / 5 September 2001) Dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS Negeri Kelantan sempena Sambutan Jubli Emas peringkat negeri.  
Isteri:  
·          Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh Muhammad Daud al-Kalantani. Seorang guru yang aktif mencurahkan ilmu di PSD khasnya untuk pelajar perempuan (banat) juga warga emas yang menetap di PSD. 
Anak-anak (8 orang):  
1.      Mohamed Amin
Pondok Sungai Durian
2.      Ahmed Shukri
BA (hons) Umm Al-Qura Univ. Makkah. M.A. Institut Tinggi Imamah & Du’at, Rabitah ‘Alam Islami, Makkah
3.      Aishah
Sekolah Tinggi Kerajaan Arab Saudi, Makkah
4.      Abdul Basit
BA, MA & Ph.D (Syariah) Universiti Islam, Madinah
5.      Asiah
B.A. Universiti Yarmouk, Jordan
6.      Abdul Latiff
M.A. Universiti Al al-Bayt, Jordan
7.      Fakhrurrazi
B.A. Universiti al-Azhar, Mesir
8.      Buniyamin
B.A. Universiti Pengajian Islam, Pakistan. Sedang menyiapkan tesis sarjana (MA) di Univ. Malaya

3.0 PERKEMBANGAN PONDOK SUNGAI DURIAN
3.1 Infra Struktur Madrasah
Pondok Sungai Durian mempunyai infrastruktur yang lengkap , kemudahan yang terdapat di pondok adalah seperti berikut:
3.1.1 Masjid Pondok  Sungai Durian – yang berfungsi sebagai tempat pelajar dan masyarakat solat berjamaah dan belajar kitab tradisional serta solat jumaat.
3.1.2 Bangunan Madrasah – berfungsi sebagai sekolah aliran moden , pelajar belajar dari kelas peralihan hingga mendapat sijil Sijil Tinggi Agama Malaysia dan menamatkan dengan sijil pondok.
3.1.3 Bangunan pondok tradisi masih dikekalkan dengan pelajar tinggal berdua di setiap pondok yang didirikan disekitar kawasan masjid dan sekolah.
3.1.4 Bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan masih dalam pembinaan.
3.1.5 Kemudahan tandas dan bilik mandi untuk pelajar disediakan oleh pihak madrasah.












3.2 Sumber Manusia
Sumber manusia yang ada di pondok Sungai Durian ;
3.2.1




3.2.2  JADUAL PENGAJIAN KITAB  UNTUK PELAJAR PONDOK DAN MASYARAKAT  UMUM DI MASJID AL RAHMAN, PONDOK SUNGAI DURIAN


HARI
SELEPAS SOLAT SUBUH
SELEPAS SOLAT ASAR
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
SELEPAS SOLAT ISYAK

SABTU
Tafsir An Nasafi
Al Iqna’ (fiqh)


Pelita Penuntut
(Ust. Adam)
Sunan Abu Daud
Ihya’
(TG Haji Ismail)


AHAD
Tafsir An Nasafi
Al Iqna’ (fiqh)

Kifayah
Al Mubtadi
Al Kufrawi (Nahu)
Aqidah An Najin
(Ust. Zainudin)
Tafsir
Al Baidhawi
Al Qalyubi (Fiqh)
(TG Haji Ismail)

ISNIN
Tafsir An Nasafi
Al Iqna’ (fiqh)
(TG Haji Ismail)
Musolli
Al Makudi (Nahu)
Ad Dur Al Thamin
(Ust. Yahya)
Latihan Syarahan


SELASA
Zikir pagi dan petang

Sofwah At Tafasir

Masa’il
Al Muhtadi

Al Makudi (Nahu)
Kifayah
Al Mubtadi
(Ust. Abd. Latiff)


RABU
Zikir pagi dan petang
Sofwah At Tafasir

Safinah Al Naja

Mukhtasar (nahu)
Hidayah
As Salikin
(Ust.Abdul Basit )

Mukhtasar Sahih Al Bukhari
(Ust.Abdul Basit )


KHAMIS
Zikir pagi dan petang
Sofwah At Tafasir
(Ust.Abdul Basit )

PerhatianPengajian selepas asar oleh TG haji ismail
Baca Al Qur’an
Fiqh Al Sirah
(Al Siba’i)
(Ust Abd Latiff)








JUMAAT
Tafsir Al Quran/
Terjemahan
Al Hikam
(TG Haji Ismail)

Al Baidhawi
(melayu)
SairAsSalikin





1
(TG Haji Ismail)
Riadh As Salihin
(Ust.Abdul Basit )
Tafsir Pimpinan
 Ar Rahman
(Ust Abd Latiff)

Perhatian
Kuliah di sampaikan secara giliran setiap minggu
Al Baidhawi
(melayu)
SairAsSalikin






2
Bughyah
Al Tullab
(TG Haji Ismail)



















3.2.3 Guru-guru yang mengajar secara kelas di madrasah pondok adalah terdiri daripada lulusan universiti luar negara seperti university Al-Azhar Mesir, Universiti Umul Qura Makkah, Universiti Madinah, Universiti Lahore Pakistan , Universiti Syiria  dan Universiti Jordan dan beberapa murid tua lulusan pondok di Kelantan. Seramai 30 orang guru lelaki dan 20 orang guru perempuan yang mengajar di madrasah pondok Sungai Durian. Pelajar lelaki dan perempuan di asingkan kelas pembelajaran mereka di bangunan kelas lelaki dan perempuan.






3.3 Kurikulum
 Kurikulum Di Pondok Sungai Durian adalah seperti berikut;  
 3.3.1  Sistem secara tradisional (cara lama)
Sistem pengajian dalam bentuk ini amat diambil berat oleh pihak pentadbir, kerana ianya dianggap satu sistem yang amat berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Demi untuk memastikan para pelajar boleh menguasai pengajian itu, sistem ini mengambil kira beberapa faktor utama seperti:
Pertama: Teks pengajian mereka didedahkan dengan mempelajari kitab-kitab silam samaada yang dihasilkan oleh ulama’ di Nusantara atau ulama’ dari Timur Tengah.
Kedua: dari segi masa para pelajar diberi pengisian yang padat dan pengunaan masa amat terhad.
Ketiga: Begitu juga segala aktiviti mereka diawasi dan dipantau dari semasa ke semasa.  

Kaedah pembelajaran tradisional : 
Pertama: Mempelajari kitab-kitab silam. Kitab-kitab itu dibaca dari awal hingga akhirnya. Cara ini dibuat pada setiap matapelajaran.  
Kedua: Setiap pelajar dibebankan supaya menghafal setiap matan dan mesti memperdengarkannya kepada guru masing-masing.
ü  Masa dan Cara Belajar 
Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu. Sistem ini berlangsung setiap hari dalam seminggu dan ia mempunyai jadualnya yang tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian ini diadakan di dalam masjid yang terletak di kawasan pondok.Cara pengajian aliran ini yang mana murid-murid akan membentuk halaqat-halaqat (bentuk bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, ataupun murid-murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu 

3.3. 2. Sistem secara moden 
Pengajian secara kelas bermula dari kelas intiqaliyyah selama 6 bulan, 6 tahun ibtida‘iah, 3 tahun thānawiah dan 3 tahun āliah. Pengajian ini mengambil masa selama 13 belas tahun pada peringkat awal penubuhan sehinggalah Tuan Guru meninggal dunia. Sekarang telah diubah kepada 7 tahun sahaja tempoh pengajian,  
ü  Masa dan Cara Belajar 
Persekolahan di PSD berjalan selama lima hari dalam seminggu. Bermula dari hari Ahad hingga hari Khamis. Setiap hari kelas akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari dalam jangka masa tersebut.  

3.4 Pelajar

3.4.1 Pelajar-pelajar  Dan Syarat Kemasukan ke Pondok Sungai Durian         
Pondok Sungai Durian  mengadakan syarat-syarat khusus bagi setiap pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di pondok Sungai Durian . kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti pengajian di sini ialah sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah ataupun sekadar boleh membaca dan menulis, berumur tidak melebihi 18 tahun, mana-mana pelajar yang berumur 18 tahun ke atas akan diterima dengan syarat khusus. Pondok Sg Durian  akan memantau dalam tempoh dua minggu, sekiranya tidak meragukan, pihak Pondok Sg Durian  akan menerimanya sebagai pelajar rasmi. Apa yang pentingnya ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk mendalami ilmu dan sanggup mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pondok. Walau bagaimanapun pihak pentadbir telah menetapkan setiap pelajar yang ingin memasuki pondok ini terlebih dahulu diuji samada dalam dalam bentuk lisan atau bertulis. Aspek yang ditekan dalam ujian tersebut ialah kemampuan menguasai al-Quran dan tulisan jawi. Setelah berjaya dalam ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan di peringkat yang sesuai dengan kemampuan yang ditunjukkan. 

3.4.5   Disiplin dan Peraturan 
Bagi memastikan keadaan pelajar terkawal dan pelajaran berjalan lancar, beberapa peraturan telah diadakan. Semua pelajar mesti mematuhi peraturan tersebut. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan sengaja akan dikenakan tindakan yang telah diputuskan oleh pihak pentadbir. Peraturan ini meliputi aspek ibadat, di mana setiap penghuni pondok Sg Durian diwajibkan hadir bersembahyang secara berjama‘ah lima waktu di masjid. Begitu juga cara berpakaian, disiplin dalam pergaulan dan perhubungan dengan masyarakat luar. Kesemua disiplin-disiplin ini adalah berlandaskan ajaran Islam seperti berpakaian yang menutup aurat, tiada percampuran antara lelaki dan perempuan dalam semua aktiviti.  

3.4.6 Pakaian Seragam 
Sesuai dengan keadaan PSD sebagai sebuah pondok madrasah yang ditadbir persendirian, semestinya ia mempunyai indentiti yang tersendiri dan bercirikan Islam. Ini jelas dalam pakaian seragam pelajar PSD. Semua pelajar diwajibkan mengenakan pakaian seragam sewaktu sesi persekolahan. Pelajar lelaki mesti berjubah dan berseluar putih dan berkopiah putih. Manakala pelajar perempuan pula diwajibkan memakai baju labuh (jubah) berwarna biru dan bertudung putih. Kesemua peraturan yang telah digariskan ini adalah bertepatan dengan ciri-ciri pakaian dan pendidikan yang disarankan oleh Islam.  

4.0 KESIMPULAN
Dapat disimpulkan bahawa, keberadaan institusi pondok sangat dipengaruhi dimensi-dimensi kearifan tempatan yang telah menyumbang kepada kebertahanannya sehingga hari ini.Walaupun berhadapan dengan arus pemodenan khususnya dalam aspek pendidikan negara,kewujudan institusi sekolah pondok tetap dilihat relevan dalam persekitaran masyarakat.Ternyata, kearifan tempatan dari aspek nilai, solidariti serta sumber-sumber tempatan yangdipegang telah memberi manfaat yang besar bagi kebanyakan institusi pondok di negara ini.Dimensi-dimensi kearifan tempatan inilah yang perlu dipelihara tidak hanya kerana iasebagai sebuah simbol identiti masyarakat setempat, tetapi ia pada tempat pertama turut memiliki fungsi-fungsi kebertahanan masyarakat sendiri. Cabaran-cabaran baru yang sedang dihadapi juga memerlukan institusi ini untuk merangka strategi yang tepat dalam memastikan ia terus bertahan. Usaha-usaha dari semua peringkat baik di dalam komuniti pondok sendiri mahupun pihak luar pondok perlu dilakukan dengan lebih giat. Penyelidikan-penyelidikan yang lebih mendalam perlu dijalankan agar sebuah pemahaman dan jalan penyelesaian yang baru dapat dibuka. Pondok Sungai Durian telah memperkenalkan pembelajaran moden mengikut sukatan Sekolah Arab (Agama) Negeri Kelantan , dengan memberi sijil menengan ugama dan sijil tinggi agama Malaysia. Dengan ini lulusan di pondok Sungai Durian dapat menyambung pengajian mereka di universiti  luar negara dan menjamin masa hadapan mereka yang lebih baik di dunia moden kini.

5.0 SENARAI TEMUBUAL
Pada 25 oktober 2014 saya telah melawat ke pondok Sungai Durian , Kuala Krai , Kelantan untuk membuat kajian tentang pondok ini. Saya telah berjumpa dengan Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman selaku mudir pondok Sungai Durian. Saya mengadakan sesi temubual untuk mencari informasi tentang kajian tentang pondok ini.

Saya : Assalamualaikum Dr. Abdul Basit ?
Dr Abd Basit: Waalaikumussalam , selamat datang ke pondok Sungai Durian.Apa hajat saudara datang melawat ke sekolah pondok ini ?
Saya : Tujuan saya datang ke pondok ini , adalah untuk membuat kajian tentang pondok Sungai Durian. Saya berharap moga pihak tuan dapat memberi sedikit informasi tentang pondok ini.
Dr Abdul Basit : Oh, boleh insyaallah, untuk pengetahuan saudara pondok kami ada membuat laman web, saudara boleh layari www.pondoksgdurian.com. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang pondok Sg Durian.
Saya : Terima kasih tuan, insyaallah saya akan melayari laman web itu. Izinkan bertanya beberapa soalan , selepas Arwah Tuan Guru Haji Abdul Rahman meninggal dunia , siapakah yang mengambil alih pondok ini?
Dr Abdul Basit : Selepas kematian bapa saya , bapa saudara saya Tuan Guru Haji Ismail Bin Sulaiman telah mengambil alih urusan pondok. Ini adalah kerana abang saya Tn Haji Ahmad Syukri   masih belum tamat belajar di universiti di Makkah.Setelah kami menamatkan pelajaran, kami mengambil alih urusan di pondok ini.
Saya : Berapa ramaikah pelajar yang sedang belajar di pondok ini?
Dr Abdul Basit : Kami mempunyai seramai 300 orang pelajar , 200 orang lelaki dan 100 orang perempuan.
Saya : Terima, kasih kerana sudi ditemubual.
Dr. Abdul Basit : Sama-sama .





6.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah, N. (1976). Maahad Il Ihya AsSyarif Gunung Semanggol 1934 – 
1959. Bangi:Jabatan Sejarah: Universiti Kebangsaan Malaysia

Awang, R. (2006). Perkembangan institusi pondok di Nusantara: pengaruhnya di Negeri Kedah
. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.Borham,

A. J. (2002). Pentadbiran undang-undang Islam di negeri Johor  . Skudai, Malaysia:Universiti Teknologi Malaysia.

Halimi, A. J. (2008).Sejarah dan tamadun bangsa Melayu
. Kuala Lumpur: UtusanPublications.

Hamidong, A. L. (1993). Institusi pondok dalam tradisi budaya ilmu. In I. Hussein (Ed.),
Tamadun Melayu(Vol. 2, pp. 744-768). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.pondoksgdurian.com/

7.0 LAMPIRAN
         Masjid Pondok Sungai Durian

Asrama Pondok Dalam Pembinaan
Murid Sedang Mengambil Peperiksaan Di Dalam Bangunan Madrasah Pondok Sungai Durian
Tenaga Pengajar Pondok Sungai Durian
Pondok Pelajar di Pondok Sungai Durian




1 comment:


  1. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete