Sunday, 22 November 2015
Sunday, 1 February 2015
Pondok Sg Durian
SEMESTER 6 PPG PJJ
SESI 2014/2015
HIT 3023 : SEJARAH PERKEMBANGAN PENGAJIAN
ISLAM
TAJUK:
TUGASAN 1- INSTITUSI PONDOK SG
DURIAN , KELANTAN
|
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
|
NO. MATRIK
|
MARZIHAN BIN MOHD ALI
|
D20112053477
|
PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 01 (A141 PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR USTAZAH WAHIBAH BT
TWAHIR
TARIKH SERAH: 19 NOVEMBER 2014
ISI KANDUNGAN
BIL
|
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
1.0
|
PENGENALAN
|
3 - 4
|
2.0
|
LATAR
BELAKANG INSTITUSI PONDOK SUNGAI DURIAN
|
4 -10
|
3.0
|
PERKEMBANGAN PONDOK SUNGAI DURIAN
|
10 - 16
|
4.0
|
KESIMPULAN
|
16
|
5.0
|
SENARAI TEMUBUAL
|
17
|
6.0
|
BIBLIOGRAFI
|
18
|
7.0
|
LAMPIRAN
|
18-20
|
1.0 PENGENALAN
Peranan
Institusi pendidikan kepada masyarakat pada zaman Rasulullah s.a.w berpusat di masjid, masjid adalah rumah Allah
yang suci, yang mempunyai taraf dan kedudukan paling istimewa di sisi Allah
S.W.T. dan Rasul-Nya. Masjid sebagai pusat ibadat, pusat pengembangan ilmu dan
penyebaran dakwah Islamiah, di samping menjadi pusat kebajikan dan perpaduan
umat Islam setempat.
Masjid
adalah tempat ibadah kaum muslimin yang memiliki peranan yang sangat
strategik untuk kemajuan peradaban umat Islam. Sejarah telah membuktikan
multi fungsi peranan masjid di dalam masyarakat Islam. Masjid bukan saja tempat
solat, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan, pendidikan,
ketenteraan dan fungsi-fungsi sosial-ekonomi lainnya. Rasulullah SAW pun
telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam memaksimakan multifungsi masjid
Nabawi dalam membina dan mengurus seluruh kepentingan umat, baik di dalam
bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, ketenteraan dan sebagainya.
Islam
sangat menggalakkan pembinaan masjid dan mengimarahkannya, Rasulullah (s.a.w)
pernah bersabda :
مَنْ
بَنَى مَسْجِدًا يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي
الْجَنَّةِ
yang
bermaksud:
“Sesiapa
yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan
membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga”. (Riwayat Bukhari)
Allah
telah menjadikan masjid tempat yang mulia di sisi-Nya, ianya juga terkenal
dengan nama “Baitul Allah”.
Dalam
hal ini baginda Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
أَحَبُّ
الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ
أَسْوَاقُهَا
“Tempat
yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya
dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah
pasar-pasarnya”. (Riwayat
Muslim)
Di
dalam hadith yang lain, dalam memperlihatkan kelebihan masjid Rasulullah
(s.a.w) pernah bersabda:
إِذَا
رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَتَعَاهَدُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
“Apabila
kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah
baginya dengan keimanan”. (Hadis
riwayat Tirmizi)
1.1
Fungsi Masjid Pada Zaman Rasulullah S.A.W.
Baginda
Rasulullah s.a.w telah menjadikan masjid
sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan
Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan,
markas tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat
hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.
Kita
boleh menyatakan bahawa fungsi masjid ketika itu amat besar dan ketara sekali.
Ia melambangkan paduan dalam urusan dunia dan akhirat. Kesempurnaan Islam
sebagai ad-Din telah berjaya digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.) melalui
peranan dan fungsi masjid ini.
Dari
fakta sejarah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa masjid di masa awal Islam
telah menjadi sebagai
(1)
pusat ibadah
(2)
pusat pendidikan dan pengajaran,
(3)
pusat penyelesaian permasalahan umat dalam
aspek hukum (peradilan)
(4)
pusat penjanaan ekonomi umat melalui Baitul Mal.
(5)
pusat informasi Islam,
(6)
Pernah menjadi sebagai pusat latihan tentera
Ringkasnya,
pada zaman Rasulullah, masjid dijadikan sebagai pusat peradaban Islam, masjid
juga diwujudkan sebagai sekolah bagi anak-anak
orang Islam pada zaman Rasulullah
s.a.w .Namun pada masa kini banyak sekolah dan pondok tradisional didirikan
untuk memastikan masyarakat Islam mendapat ilmu agama dengan lebih mendalam dan
mengamalkan dalam kehidupan mereka.
2.0 LATAR BELAKANG INSTITUSI PONDOK SUNGAI DURIAN
Institusi Pondok adalah merupakan
institusi pengajian Islam yang merangkumi pendidikan dan tarbiah yang
melahirkan manusia yang taat dan berilmu. Hakikat ini jelas kerana di pondok
penekanannya bukan semata-mata belajar, tetapi serentak dengan penekanan
dalam bentuk tarbiah, tunjukajar serta penekanan kepada riadah rohaniah yang
dibina pada setiap pelajarnya.
Di Malaysia, khasnya di Kelantan
yang terkenal dengan sistem pengajian pondok, sistem ini telah berjaya
membangunkan pembangunan mental dan fizikal ummah, yang mana terbuktinya
dengan lahirnya ramai ulama'-ulama' terkenal, pemimpin masyarakat,
pendakwah-pendakwah yang bertaqwa dan ikhlas.
Nama Pondok Sungai Durian memang
tidak dapat dipisahkan dari sejarah pendidikan dan penyebaran ilmu di
Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi
pendidikan agama yang terulung dan tertua di Ulu Kelantan. Ianya telah
mengeluarkan ulama’, cendikiawan, usahawan, penulis dan ahli politik yang matang
dan berjaya.
|
2.1 SEJARAH AWAL PENUBUHAN PONDOK SUNGAI DURIAN
Pondok Sungai Durian (PSD) atau Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian lebih dikenali dengan sebutan Pondok Haji Deraman oleh masyarakat umum, khasnya masyarakat setempat di Kuala Krai. Ianya merupakan pondok termaju di Ulu Kelantan. PSD adalah merupakan pondok terulung dan salah satu pondok yang terus hidup dan berkembang sehingga kini.
PSD adalah satu-satunya pusat pengajian dan
pendidikan Islam yang menggabungkan di antara dua aliran iaitu secara
tradisional dan moden. Kedua aliran adalah hasil cetusan pemikiran al-Marhum
Tuan Guru, walaupun cara ini berbeza dengan sistem pengajian pondok yang telah
sedia ada. Tujuan beliau untuk mengatasi masalah pelajar disamping memaju dan
memperbaharui lagi pusat pengajian pondok. Perjuangan Tuan Guru tidak terhenti
setakat itu sahaja, bahkan diteruskan oleh generasi kedua (anak-anak
al-Marhum).
Sistem pondok (tradisional) merupakan sistem
pengajian kitab-kitab silam terdiri daripada Ulama’ terkemuka, samada dalam
bahasa jawi dan arab, manakala sistem sekolah (moden) pula mengabungkan antara
sukatan PSD sendiri dan sukatan pelajaran Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
Pondok ini telah ditubuhkan dengan rasminya
pada 4 Jun 1958 Masihi bersamaan 10 Safar 1378 Hijrah oleh al-Marhum Tuan Guru
Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman. Pendaftaran Pondok ini dibuat di bawah MAIK dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan nombor 134 (dalam MAIK), 365/68 (kertas
MAIK).
Sebenarnya Pondok ini telah diasaskan di Bukit
Enggong, Guchil, Kuala Krai pada tahun 1957. Dibina dengan pertolongan dan
bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan dengan binaan
daripada kayu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hasilnya pembinaan Pondok itu
berjalan dengan lancer.
Pada tahun 1958 pondok itu terpaksa dipindahkan
dari Bukit Enggong di Guchil ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak
sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi bilangan pelajar
semakin bertambah.
Dulu ianya telah dibina di atas sebidang tanah
seluas 4 ekar yang terletak di Sungai Durian sejauh 3 kilometer dari bandar
Kuala Krai atau 66 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pada peringkat awal hanya
mempunyai sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas yang terdiri
daripada 2 bilik ruang pejabat dan satu bilik disediakan untuk ruang
perpustakaan serta 8 bilik darjah dan kantin.
Tetapi kini PSD telah dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan asas yang dapat menampung keperluan pelajar-pelajar dan
penghuninya. Kawasannya dulu hanya 4 ekar sahaja, kini telah bertambah
keluasannya kepada 12 ekar. Hasil daripada pembelian dari jiran-jiran sekitar
pondok.
2.2 TOKOH PENGASAS
ALMARHUM
TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN
(1923-1988)
TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN BIN SULAIMAN
(1923-1988)
Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman
dilahirkan pada 20 Februari 1923, di Kuala Krai , Kelantan dan
meninggal dunia pada 20 februari 1988.
Pada peringkat awal Tuan Guru belajar mengaji
al-Qur'an dengan ayahnya sendiri. Pada tahun 1934 beliau belajar di Sekolah
Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Krai hingga tamat Darjah Empat. Dengan
pencapaian akademik beliau yang cemerlang, beliau telah terpilih ke Maktab
Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) STIC, Tanjung
Malim, Perak untuk menjadi guru pelatih, tetapi tawaran itu tidak mendapat
restu daripada ayahnya. Pada tanggal 5hb. Julai 1938, Tuan Guru telah dihantar
oleh bapanya untuk belajar di Pondok Kampung Awah, Paloh Rawa, Machang. Pondok
ini ditadbirkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Jalal bin Abdul Raof dan dibantu oleh
Haji Hussain bin Abdul Samad. Tuan Guru telah mempelajari dan mendalami
disiplin ilmu nahu. Kitab nahu yang beliau pelajari ialah متن الآجرومية , متن
القطر , متمة على متن الآجرومية , متن الألفية dan lain-lain
lagi. Berkat kesungguhan dan kegigihan, Tuan Guru mampu menguasai
pelajaran nahu dengan baik dan boleh berbahasa Arab. Beliau juga mempelajari
kitab-kitab Fekah seperti Kitab مطلع البدرين,
سبيل المهتدى dan lain-lain lagi. Setelah belajar
di Pondok Paloh Rawa, Tuan Guru meneruskan pengajiannya di Pondok Kerawang,
Pulau Chondong. Di situ beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul
Kadir selama enam bulan sahaja. Selepas itu Tuan Guru menyambungkan
pengajiannya ke Pondok Kemuning, Machang. Di situ beliau berguru dengan Tuan
Guru Haji Wan Yusuff bin Che' Tengah selama setahun, kemudian meneruskan
pelajaran di Pondok But, Kadok, Kota Bharu. Di sana beliau menerima pendidikan
agama dengan Tuan Guru Haji Mohd. Nor bin Abdullah. Pada tahun 1949 pula
beliau menyambung pengajiannya di Pondok Manabi‘ul Ulum, di Penanti,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di sana beliau menerima pendidikan dari seorang
ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Othman bin Jalaludin. Selama dua tahun
berada di Pondok Manabi`ul Ulum, Bukit Mertajam, beliau mengambil keputusan
untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi di Mekah .
Pengajian Di Tanah Suci ( 1951-1957M)
Pada tahun 1951M ketika Tuan Guru Haji Abdul
Rahman berusia 27 tahun beliau telah pergi ke Mekah dan belajar di Madrasah Dar
a1-Ulum al-Diniyyah dan di Masjid al-Haram selama tujuh tahun. Di sana beliau
mendalami berbagai bidang ilmu termasuk Syariah, Usuluddin, Tasawwuf, bahasa
Arab dan Qira’ah al-Sab‘ah. Semasa belajar di Masjid al-Haram
beliau sempat berguru dengan beberapa tokoh ulama terkemuka pada waktu itu.
Guru-guru beliau sewaktu belajar di Makkah:
·
Sheikh Muhammad Daud bin Sulaiman al-Kalantani
(akhirnya menjadi mertuanya).
·
Sheikh Muhammad Mukhtar al-Kadiri
al-Indunisi.
·
Sheikh ‘Abdul Qadir al-Mandili
al-Indunisi.
·
Sheikh Muhammad Yasin ‘Isa al-Fadani al-Makki.
·
Sheikh Pak Da ‘Iel al-Fatani.
·
Sheikh Sayyid Amin al-Kutubi.
·
Sheikh Hassan Muhammad al-Masysyat.
·
Sheikh Hassan al-Yamani.
·
Sheikh ‘Alawi al-Maliki.
·
Sheikh al-‘Arabi.
·
dan lain-lain. Rahimahumullah.
Aktiviti semasa belajar:
·
Seorang pelajar yang aktif berpersatuan,
seperti pesatuan anak kelantan (Penjasa), Perasatuan anak melayu semalaya
(permas). Aktif juga dalam bidang pidato serta debat.
Kegiatan Ilmiah dan kemasyarakatan:
·
Menubuh dan mengasas Pondok Sungai Durian pada
4 Jun 1958
·
Ahli Jawatankuasa ‘Ulama’ Majlis Agama Islam
Kelantan (MAIK)
·
Menghasilkan beberapa karya dalam bidang Nahu,
Saraf, ‘Aqidah, Feqah dan lain-lain.
·
Sentiasa menyampaikan kuliah dan ceramah umum
di seluruh pelusuk tanah air.
Penghargaan:
·
(1968) Dikurniakan Pingat Bakti (PB) oleh
Sultan Yahya Petra
·
(17 Jamadil Akhir 1422 / 5 September 2001)
Dikurniakan Anugerah Jasamu Dikenang oleh PAS Negeri Kelantan sempena Sambutan
Jubli Emas peringkat negeri.
Isteri:
·
Ustazah Hajjah Fatimah binti Sheikh
Muhammad Daud al-Kalantani. Seorang guru yang aktif mencurahkan ilmu di
PSD khasnya untuk pelajar perempuan (banat) juga warga emas yang menetap di
PSD.
Anak-anak (8 orang):
1.
Mohamed Amin
Pondok Sungai Durian
Pondok Sungai Durian
2.
Ahmed Shukri
BA (hons) Umm Al-Qura Univ. Makkah. M.A. Institut Tinggi Imamah & Du’at, Rabitah ‘Alam Islami, Makkah
BA (hons) Umm Al-Qura Univ. Makkah. M.A. Institut Tinggi Imamah & Du’at, Rabitah ‘Alam Islami, Makkah
3.
Aishah
Sekolah Tinggi Kerajaan Arab Saudi, Makkah
Sekolah Tinggi Kerajaan Arab Saudi, Makkah
4.
Abdul Basit
BA, MA & Ph.D (Syariah) Universiti Islam, Madinah
BA, MA & Ph.D (Syariah) Universiti Islam, Madinah
5.
Asiah
B.A. Universiti Yarmouk, Jordan
B.A. Universiti Yarmouk, Jordan
6.
Abdul Latiff
M.A. Universiti Al al-Bayt, Jordan
M.A. Universiti Al al-Bayt, Jordan
7.
Fakhrurrazi
B.A. Universiti al-Azhar, Mesir
B.A. Universiti al-Azhar, Mesir
8.
Buniyamin
B.A. Universiti Pengajian Islam, Pakistan. Sedang menyiapkan tesis sarjana (MA) di Univ. Malaya
B.A. Universiti Pengajian Islam, Pakistan. Sedang menyiapkan tesis sarjana (MA) di Univ. Malaya
3.0
PERKEMBANGAN PONDOK SUNGAI DURIAN
3.1 Infra Struktur Madrasah
3.1 Infra Struktur Madrasah
Pondok
Sungai Durian mempunyai infrastruktur yang lengkap , kemudahan yang terdapat di
pondok adalah seperti berikut:
3.1.1
Masjid Pondok Sungai Durian – yang
berfungsi sebagai tempat pelajar dan masyarakat solat berjamaah dan belajar
kitab tradisional serta solat jumaat.
3.1.2
Bangunan Madrasah – berfungsi sebagai sekolah aliran moden , pelajar belajar
dari kelas peralihan hingga mendapat sijil Sijil Tinggi Agama Malaysia dan
menamatkan dengan sijil pondok.
3.1.3
Bangunan pondok tradisi masih dikekalkan dengan pelajar tinggal berdua di
setiap pondok yang didirikan disekitar kawasan masjid dan sekolah.
3.1.4
Bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan masih dalam pembinaan.
3.1.5
Kemudahan tandas dan bilik mandi untuk pelajar disediakan oleh pihak madrasah.
3.2
Sumber Manusia
Sumber
manusia yang ada di pondok Sungai Durian ;
3.2.1
3.2.2 JADUAL PENGAJIAN KITAB UNTUK PELAJAR PONDOK DAN MASYARAKAT UMUM DI MASJID AL RAHMAN, PONDOK SUNGAI
DURIAN
HARI
|
SELEPAS
SOLAT SUBUH
|
SELEPAS
SOLAT ASAR
|
SELEPAS
SOLAT MAGHRIB
|
SELEPAS
SOLAT ISYAK
|
SABTU
|
Tafsir
An Nasafi
Al
Iqna’ (fiqh)
|
|
Pelita
Penuntut
(Ust.
Adam)
|
Sunan
Abu Daud
Ihya’
(TG
Haji Ismail)
|
AHAD
|
Tafsir
An Nasafi
Al
Iqna’ (fiqh)
|
Kifayah
Al
Mubtadi
Al
Kufrawi (Nahu)
|
Aqidah
An Najin
(Ust.
Zainudin)
|
Tafsir
Al
Baidhawi
Al
Qalyubi (Fiqh)
(TG
Haji Ismail)
|
ISNIN
|
Tafsir
An Nasafi
Al
Iqna’ (fiqh)
(TG
Haji Ismail)
|
Musolli
Al
Makudi (Nahu)
|
Ad
Dur Al Thamin
(Ust.
Yahya)
|
Latihan
Syarahan
|
SELASA
|
Zikir
pagi dan petang
Sofwah
At Tafasir
|
Masa’il
Al
Muhtadi
Al
Makudi (Nahu)
|
Kifayah
Al
Mubtadi
(Ust.
Abd. Latiff)
|
|
RABU
|
Zikir
pagi dan petang
Sofwah
At Tafasir
|
Safinah
Al Naja
Mukhtasar
(nahu)
|
Hidayah
As
Salikin
(Ust.Abdul
Basit )
|
Mukhtasar
Sahih Al Bukhari
(Ust.Abdul
Basit )
|
KHAMIS
|
Zikir
pagi dan petang
Sofwah
At Tafasir
(Ust.Abdul
Basit )
|
PerhatianPengajian selepas asar oleh TG
haji ismail
|
Baca
Al Qur’an
|
Fiqh
Al Sirah
(Al
Siba’i)
(Ust
Abd Latiff)
|
JUMAAT
|
Tafsir
Al Quran/
Terjemahan
Al
Hikam
(TG
Haji Ismail)
|
|
Al
Baidhawi
(melayu)
SairAsSalikin
1
(TG
Haji Ismail)
Riadh
As Salihin
(Ust.Abdul
Basit )
Tafsir
Pimpinan
Ar
Rahman
(Ust
Abd Latiff)
Perhatian
Kuliah
di sampaikan secara giliran setiap minggu
|
Al
Baidhawi
(melayu)
SairAsSalikin
2
Bughyah
Al
Tullab
(TG
Haji Ismail)
|
3.2.3
Guru-guru yang mengajar secara kelas di madrasah pondok adalah terdiri daripada
lulusan universiti luar negara seperti university Al-Azhar Mesir, Universiti
Umul Qura Makkah, Universiti Madinah, Universiti Lahore Pakistan , Universiti
Syiria dan Universiti Jordan dan
beberapa murid tua lulusan pondok di Kelantan. Seramai 30 orang guru lelaki dan
20 orang guru perempuan yang mengajar di madrasah pondok Sungai Durian. Pelajar
lelaki dan perempuan di asingkan kelas pembelajaran mereka di bangunan kelas lelaki
dan perempuan.
3.3
Kurikulum
Kurikulum Di Pondok Sungai Durian adalah
seperti berikut;
3.3.1 Sistem secara
tradisional (cara lama)
Sistem pengajian dalam bentuk ini amat diambil
berat oleh pihak pentadbir, kerana ianya dianggap satu sistem yang amat
berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Demi untuk
memastikan para pelajar boleh menguasai pengajian itu, sistem ini mengambil
kira beberapa faktor utama seperti:
Pertama: Teks pengajian mereka didedahkan dengan mempelajari
kitab-kitab silam samaada yang dihasilkan oleh ulama’ di Nusantara atau ulama’
dari Timur Tengah.
Kedua: dari segi masa para pelajar diberi pengisian
yang padat dan pengunaan masa amat terhad.
Ketiga: Begitu juga segala aktiviti mereka diawasi dan
dipantau dari semasa ke semasa.
Kaedah pembelajaran tradisional :
Pertama: Mempelajari kitab-kitab silam.
Kitab-kitab itu dibaca dari awal hingga akhirnya. Cara ini dibuat pada setiap
matapelajaran.
Kedua: Setiap pelajar dibebankan supaya menghafal
setiap matan dan mesti memperdengarkannya kepada guru
masing-masing.
ü Masa dan Cara Belajar
Pengajian mengikut sistem pondok biasanya
diadakan selepas solat lima waktu. Sistem ini berlangsung setiap hari dalam
seminggu dan ia mempunyai jadualnya yang tersendiri sebagaimana sistem
persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian ini diadakan di
dalam masjid yang terletak di kawasan pondok.Cara pengajian aliran ini yang
mana murid-murid akan membentuk halaqat-halaqat (bentuk bulatan) mengikut
pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, ataupun murid-murid akan
mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan
kitab tertentu
3.3. 2. Sistem secara moden
Pengajian secara kelas bermula dari kelas intiqaliyyah selama 6
bulan, 6 tahun ibtida‘iah, 3 tahun thānawiah dan 3
tahun āliah. Pengajian ini mengambil masa selama 13 belas
tahun pada peringkat awal penubuhan sehinggalah Tuan Guru meninggal dunia.
Sekarang telah diubah kepada 7 tahun sahaja tempoh pengajian,
ü Masa dan Cara Belajar
Persekolahan di PSD berjalan selama lima hari
dalam seminggu. Bermula dari hari Ahad hingga hari Khamis. Setiap hari kelas
akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari dalam
jangka masa tersebut.
3.4
Pelajar
3.4.1 Pelajar-pelajar Dan Syarat Kemasukan ke Pondok Sungai Durian
Pondok Sungai Durian mengadakan syarat-syarat khusus bagi setiap
pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian di pondok Sungai Durian .
kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti pengajian di sini ialah
sekurang-kurangnya tamat sekolah rendah ataupun sekadar boleh membaca dan
menulis, berumur tidak melebihi 18 tahun, mana-mana pelajar yang berumur 18
tahun ke atas akan diterima dengan syarat khusus. Pondok Sg Durian akan memantau dalam tempoh dua minggu,
sekiranya tidak meragukan, pihak Pondok Sg Durian akan menerimanya sebagai pelajar rasmi. Apa
yang pentingnya ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk mendalami ilmu dan
sanggup mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pondok.
Walau bagaimanapun pihak pentadbir telah menetapkan setiap pelajar yang ingin
memasuki pondok ini terlebih dahulu diuji samada dalam dalam bentuk lisan atau
bertulis. Aspek yang ditekan dalam ujian tersebut ialah kemampuan menguasai
al-Quran dan tulisan jawi. Setelah berjaya dalam ujian tersebut, pelajar akan
ditempatkan di peringkat yang sesuai dengan kemampuan yang ditunjukkan.
3.4.5 Disiplin dan Peraturan
Bagi memastikan keadaan pelajar terkawal dan
pelajaran berjalan lancar, beberapa peraturan telah diadakan. Semua pelajar
mesti mematuhi peraturan tersebut. Setiap kesalahan yang dilakukan dengan
sengaja akan dikenakan tindakan yang telah diputuskan oleh pihak pentadbir.
Peraturan ini meliputi aspek ibadat, di mana setiap penghuni pondok Sg Durian
diwajibkan hadir bersembahyang secara berjama‘ah lima waktu di masjid. Begitu
juga cara berpakaian, disiplin dalam pergaulan dan perhubungan dengan
masyarakat luar. Kesemua disiplin-disiplin ini adalah berlandaskan ajaran Islam
seperti berpakaian yang menutup aurat, tiada percampuran antara lelaki dan
perempuan dalam semua aktiviti.
3.4.6 Pakaian Seragam
Sesuai dengan keadaan PSD sebagai sebuah pondok
madrasah yang ditadbir persendirian, semestinya ia mempunyai indentiti yang
tersendiri dan bercirikan Islam. Ini jelas dalam pakaian seragam pelajar PSD.
Semua pelajar diwajibkan mengenakan pakaian seragam sewaktu sesi persekolahan.
Pelajar lelaki mesti berjubah dan berseluar putih dan berkopiah putih. Manakala
pelajar perempuan pula diwajibkan memakai baju labuh (jubah) berwarna biru dan
bertudung putih. Kesemua peraturan yang telah digariskan ini adalah bertepatan
dengan ciri-ciri pakaian dan pendidikan yang disarankan oleh Islam.
4.0
KESIMPULAN
Dapat
disimpulkan bahawa, keberadaan institusi pondok sangat dipengaruhi
dimensi-dimensi kearifan tempatan yang telah menyumbang kepada kebertahanannya
sehingga hari ini.Walaupun berhadapan dengan arus pemodenan khususnya dalam
aspek pendidikan negara,kewujudan institusi sekolah pondok tetap dilihat
relevan dalam persekitaran masyarakat.Ternyata, kearifan tempatan dari aspek
nilai, solidariti serta sumber-sumber tempatan yangdipegang telah memberi
manfaat yang besar bagi kebanyakan institusi pondok di negara
ini.Dimensi-dimensi kearifan tempatan inilah yang perlu dipelihara tidak hanya
kerana iasebagai sebuah simbol identiti masyarakat setempat, tetapi ia pada
tempat pertama turut memiliki fungsi-fungsi kebertahanan masyarakat sendiri.
Cabaran-cabaran baru yang sedang dihadapi juga memerlukan institusi ini untuk
merangka strategi yang tepat dalam memastikan ia terus bertahan. Usaha-usaha
dari semua peringkat baik di dalam komuniti pondok sendiri mahupun pihak luar
pondok perlu dilakukan dengan lebih giat. Penyelidikan-penyelidikan yang lebih
mendalam perlu dijalankan agar sebuah pemahaman dan jalan penyelesaian
yang baru dapat dibuka. Pondok Sungai Durian telah memperkenalkan
pembelajaran moden mengikut sukatan Sekolah Arab (Agama) Negeri Kelantan ,
dengan memberi sijil menengan ugama dan sijil tinggi agama Malaysia. Dengan ini
lulusan di pondok Sungai Durian dapat menyambung pengajian mereka di universiti luar negara dan menjamin masa hadapan mereka
yang lebih baik di dunia moden kini.
5.0
SENARAI TEMUBUAL
Pada
25 oktober 2014 saya telah melawat ke pondok Sungai Durian , Kuala Krai ,
Kelantan untuk membuat kajian tentang pondok ini. Saya telah berjumpa dengan
Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman selaku mudir pondok Sungai Durian. Saya
mengadakan sesi temubual untuk mencari informasi tentang kajian tentang pondok
ini.
Saya
: Assalamualaikum Dr. Abdul Basit ?
Dr
Abd Basit: Waalaikumussalam , selamat datang ke pondok Sungai Durian.Apa hajat
saudara datang melawat ke sekolah pondok ini ?
Saya
: Tujuan saya datang ke pondok ini , adalah untuk membuat kajian tentang pondok
Sungai Durian. Saya berharap moga pihak tuan dapat memberi sedikit informasi
tentang pondok ini.
Dr
Abdul Basit : Oh, boleh insyaallah, untuk pengetahuan saudara pondok kami ada
membuat laman web, saudara boleh layari www.pondoksgdurian.com. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang pondok Sg
Durian.
Saya
: Terima kasih tuan, insyaallah saya akan melayari laman web itu. Izinkan
bertanya beberapa soalan , selepas Arwah Tuan Guru Haji Abdul Rahman meninggal
dunia , siapakah yang mengambil alih pondok ini?
Dr
Abdul Basit : Selepas kematian bapa saya , bapa saudara saya Tuan Guru Haji
Ismail Bin Sulaiman telah mengambil alih urusan pondok. Ini adalah kerana abang
saya Tn Haji Ahmad Syukri masih belum
tamat belajar di universiti di Makkah.Setelah kami menamatkan pelajaran, kami
mengambil alih urusan di pondok ini.
Saya
: Berapa ramaikah pelajar yang sedang belajar di pondok ini?
Dr
Abdul Basit : Kami mempunyai seramai 300 orang pelajar , 200 orang lelaki dan
100 orang perempuan.
Saya
: Terima, kasih kerana sudi ditemubual.
Dr.
Abdul Basit : Sama-sama .
6.0
BIBLIOGRAFI
Abdullah, N. (1976). Maahad Il Ihya AsSyarif Gunung Semanggol 1934 –
1959. Bangi:Jabatan Sejarah: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Awang, R. (2006). Perkembangan institusi pondok di Nusantara: pengaruhnya di Negeri Kedah
. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.Borham,
A. J. (2002). Pentadbiran undang-undang Islam di negeri
Johor . Skudai, Malaysia:Universiti Teknologi Malaysia.
Halimi, A. J. (2008).Sejarah dan tamadun bangsa Melayu
. Kuala Lumpur:
UtusanPublications.
Hamidong, A. L. (1993). Institusi pondok dalam tradisi budaya
ilmu. In I. Hussein (Ed.),
Tamadun Melayu(Vol.
2, pp. 744-768). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.pondoksgdurian.com/
7.0
LAMPIRAN
Asrama
Pondok Dalam Pembinaan
Murid
Sedang Mengambil Peperiksaan Di Dalam Bangunan Madrasah Pondok Sungai Durian
Tenaga
Pengajar Pondok Sungai Durian
Pondok
Pelajar di Pondok Sungai Durian
Subscribe to:
Posts (Atom)