| 
   
Khasiat Teras Gemunggal 
Kelebihan
  Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal
  senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga
  berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini
  dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang
  pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan
  keizinan Allah 
 | 
 
| 
   
Teras
  Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki
  pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah
  dengan niat jahat. 
 | 
 
| 
   
Kehebatan
  Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang
  suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu
  hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih
  sayang suami terhadap isteri. 
 | 
 
| 
   
Kehebatan
  kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita
  pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut
  yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu
  gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. 
 | 
 
| 
   
Bagi
  kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami.
  Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat. 
 | 
 
| 
   
Teras
  Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam
  sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk
  polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan) 
 | 
 
| 
   
Teras
  Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya
  Allah mereka tidak akan terdaya. 
 | 
 
| 
   
Teras
  Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan,
  bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan
  ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri. 
 | 
 
| 
   
Diguna
  oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan
  diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin
  mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. 
 | 
 
| 
   
Menawarkan
  racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas
  makanan atau minuman. 
 | 
 
| 
   
Menjauhkan
  dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang
  bersentuh dengan kulit. 
 | 
 
| 
   | 
 
| 
   
Menakutkan
  ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. 
 | 
 
| 
   
Mengeluarkan
  raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya. 
 | 
 
| 
   
Lekat uri
  (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum. 
 | 
 
| 
   
Budak
  menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum. 
 | 
 
| 
   
Memudah
  lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu 
 | 
 
| 
   
Bisul:
  Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul. 
 | 
 
| 
   
Ditakuti
  hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis. 
 | 
 
| 
   
Kena
  santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa
  kira-kira 3 minit, diminum. 
 | 
 
| 
   
Digigit
  ular, lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit. 
 | 
 
| 
   
Khasiat
  lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera
  Ke-enam), kewibawaan dll. 
 | 
 
| 
   
Kemuncak
  kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan
  kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya. 
 | 
 
| 
   
Perkara
  ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga dengan mengambil sebotol asid dan
  cuba mencelupkan jari anda ke dalam asid tersebut. Tetapi mestilah memakai
  Teras Gemunggal tersebut terlebih dahulu. Awas, jika anda tidak memakai Teras
  Gemunggal tersebut, jari anda mungkin akan hancur! 
 | 
 
Monday, 17 February 2014
Khasiat Teras Gemunggal
Subscribe to:
Comments (Atom)