Cara Mengenali Syiah 
Syiah 
mempunyai  kecenderungan mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. 
seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih 
parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan 
kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan 
fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka 
meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini 
kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan 
kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran 
lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul 
bait) 
SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah
 ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada 
sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali 
beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan 
Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di
 dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai 
konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. 
' 
Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular di Malaysia:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.
AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
 
1)
 Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. 
terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling
 besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 
hal. 26)
 
2)
 Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan 
dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup 
kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min
 al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)
3) 
Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak 
mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
 kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan 
kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan 
daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, 
I`lam al-Wara hal. 394)
 
4)
 Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus 
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir 
al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)
5) Abu
 Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan 
menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak 
mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)
 
6)
 Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
 mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang 
masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 
216)
7) 
Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang 
bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) 
mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat 
yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam 
tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada 
Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam 
salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
Ciri-ciri
 di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran 
Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak 
mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
 
1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
 
3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
 
9) Memarahi orang yang puasa Asyura.
 
10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).
KALIMAH SYAHADAH SYIAH 
"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."